8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan dengan syarikat gergasi pengkomputeran, Advanced Micro Devices Inc. (AMD) mengenai hala tuju syarikat itu dalam mendukung Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kalangan ahli ekonomi menyemak turun pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.5 peratus berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan, namun pada masa sama terus yakin dengan daya tahan ekonomi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Semua tumpuan akan terarah pada sidang khas Palimen pada Isnin ini untuk membincangkan mengenai tarif timbal balik mengejut oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia yang telah mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan dan juga industri.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Delegasi berprofil tinggi dari Jepun akan mengunjungi Malaysia minggu depan untuk membincangkan kerjasama lebih mendalam dalam Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) bagi mencapai sasaran penyahkarbonan, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga.
9bulan ago
LABUAN, 1 Mei (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengumumkan pelantikan Affendi Rashdi dari Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai Ketua Pengarahnya yang baharu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mei 2025 hingga 30 April 2027.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) - Wujud minat yang berterusan daripada syarikat Amerika Syarikat (AS) yang mahu melabur di Malaysia di tengah-tengah ketegangan perdagangan AS-China.
9bulan ago
KOTA KINABALU, 30 April (Bernama) -- Ekonomi Sabah menunjukkan pertumbuhan positif dengan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) bagi 2024 diunjur meningkat kepada RM84.9 bilion daripada RM83.2 bilion pada 2023, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Hari ini menandakan berakhirnya tempoh perkhidmatan Nik Mohamed Din Nik Musa sebagai Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) menetapkan hala tuju bagi 2025 dengan komitmen terhadap pembaharuan kawal selia, inovasi digital dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif seperti digariskan dalam Laporan Pasaran Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) 2024 hari ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pusat Perniagaan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam sektor utama pada 2024 dipacu oleh kebolehsesuaian kawal selia dan inovasi pasaran.
9bulan ago
KOTA KINABALU, 29 April (Bernama) -- Ekonomi Sabah tmenunjukkan pertumbuhan positif apabila keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) meningkat kepada RM83.2 bilion tahun lepas daripada RM82.1 bilion pada 2023, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
9bulan ago
Oleh Salawaty Supardi
LONDON, 26 April (Bernama) -- Malaysia menyatakan komitmen teguh terhadap keselamatan serta peralihan tenaga yang adil serta berdaya tahan di peringkat global seiring dengan aspirasi dunia untuk mencapai masa depan tenaga yang bersih, mampan dan inklusif.