BERITA TERKINI   Seorang pemandu e-hailing direman tiga hari susulan gangguan seksual terhadap penumpang wanita di Johor - Polis | Kerajaan serius tangani isu etika kewartawanan, perbezaan tajuk berita dan kandungan sebenar laporan - Fahmi | PM Anwar beri perhatian serius terhadap usaha mantapkan Majlis Media Malaysia - Fahmi | STAM 2025: 2,816 calon berjaya lepasi syarat kelayakan untuk dianugerahkan STAM - KPM | Johor tetapkan kadar zakat fitrah tahun ini kepada tiga kategori, RM8, RM10 dan RM20 - Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor | 

Terdapat 1748 berita berdasarkan kata kunci carian " asia"

MIDA, MUFG Bank Jalin Kerjasama Pacu Pelaburan Bernilai Tinggi Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan anak syarikat perbankan global, MUFG Bank (Malaysia) Bhd menjalin kerjasama strategik untuk memacu pelaburan bernilai tinggi di Malaysia.

WORQ Kembang Ruang Kerja Bersama Berasaskan TOD Berikutan Ledakan Kerja Hibrid

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Peralihan yang semakin meningkat ke arah pengaturan kerja hibrid dan fleksibel mendorong permintaan terhadap ruang kerja bersama yang mudah diakses dan lengkap dengan kemudahan di pusat-pusat bandar Malaysia.

Kewangan Islam Perlu Berubah Untuk Terus Berdaya Saing -- CEO Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) – Pertumbuhan kewangan Islam akan dipacu menerusi keterhubungan yang lebih besar merentasi kelas aset, geografi dan generasi, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Bhd Datuk Fad’l Mohamed.  

Komitmen ACWA Power Perkukuh Posisi Malaysia Sebagai Pemain Utama Tenaga Mampan Serantau - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Komitmen syarikat penyahgaraman air terbesar dunia, ACWA Power memilih Malaysia sebagai hab utama di Asia Tenggara mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama dalam tenaga mampan serantau dan menyokong usaha ke arah ekonomi rendah karbon, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Eksport Sel PV Ke India Naik 88 Peratus Pada 2024, Imbangi Penurunan Eksport Ke Pasaran AS

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Malaysia mencatatkan peningkatan eksport sel fotovoltaik (PV) ke India sebanyak 88 peratus atau RM4.65 bilion pada 2024 berbanding RM2.47 bilion pada 2023, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Topcon Lancar Hab Latihan Pertama Asia Tenggara Di Shah Alam

SHAH ALAM, 6 Ogos (Bernama) -- Topcon Positioning Asia (Malaysia) Sdn Bhd (Topcon Malaysia) telah melancarkan pusat latihan pertamanya di Asia Tenggara, iaitu Pusat Latihan Topcon Malaysia (TMTC), satu pelaburan strategik bagi memacu transformasi digital dalam sektor pembinaan dan infrastruktur di rantau ini.

Sidang Kemuncak ASEAN Tech 2025 Sasar Lebih RM200 Juta Menerusi Perjanjian Inovasi

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Sidang Kemuncak Kerjasama dan Pembangunan Teknologi ASEAN 2025 menyasarkan untuk meraih lebih RM200 juta menerusi perjanjian inovasi dan pelaburan dalam acara dua hari yang berlangsung pada 25 hingga 26 November ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Syarikat Penjagaan Kesihatan Malaysia Jana Jualan RM96.18 Juta Di IHW 2025

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Syarikat penjagaan kesihatan Malaysia mencatatkan jualan sebanyak RM96.18 juta sepanjang Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa (IHW) 2025 yang berlangsung dari 16 hingga 18 Julai di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Bank, Pemain Fintech Tingkat Pengembangan Rentas Sempadan Dan Kerjasama Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Institusi kewangan dan pemain teknologi kewangan (fintech) sedang meningkatkan usaha untuk berkembang merentas ASEAN, mengguna pakai strategi yang disesuaikan bagi mengukuhkan kehadiran dalam landskap perkhidmatan kewangan digital rantau ini.

Kerajaan Akan Kaji Syarat Lokalisasi Kepada Pelabur Asing - Liew

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji kemungkinan memperkasakan syarat-syarat lokalisasi kepada pelabur asing bagi mewujudkan ekosistem berdaya tahan di Malaysia supaya syarikat-syarikat tempatan mendapat limpahan hasil.

CAAM, Boeing Bekerjasama Untuk Pertingkat Pengurusan Trafik Di KLIA

PUTRAJAYA, 5 Ogos (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan syarikat aeroangkasa global, Boeing telah bekerjasama untuk menjadikan operasi trafik udara lebih cekap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Lotte Chemical Titan Kurangkan Kerugian Kepada RM173.09 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) telah mengurangkan kerugian bersihnya kepada RM173.09 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 daripada kerugian bersih berjumlah RM248.88 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun kewangan 2024.