Terdapat 157 berita berdasarkan kata kunci carian " deposit"

BNM, Pakar Industri Bincang Usaha Teroka Penggunaan Tokenisasi - MOF

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam proses perbincangan dengan pakar dan pengamal industri kewangan bagi meneroka kes penggunaan tokenisasi, kata Kementerian Kewangan (MOF).

RHB Bank Unjur NIM Tahun Kewangan 2025 Antara 1.80 Dan 1.83 Peratus

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- RHB Bank Bhd menjangkakan margin faedah bersihnya (NIM) berada dalam lingkungan 1.80 dan 1.83 peratus bagi tahun kewangan 2025.

ASM 2 Wawasan Isytihar Agihan Pendapatan Berjumlah RM1.18 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM1.18 bilion untuk Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan).

Keuntungan Bersih Alliance Bank Melonjak 12.5 Peratus Kepada RM198.69 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak sebanyak 12.5 peratus kepada RM198.69 juta pada suku pertama yang berakhir 30 Jun 2025 berbanding RM176.65 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelum ini.

MITI Komited Bangunkan Industri Nadir Bumi, Percepat R&D Teknologi Tempatan

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk membangunkan dan menarik lebih ramai pelabur berpotensi dalam memperkasakan aktiviti pengeluaran di sepanjang rantaian bekalan unsur nadir bumi (REE) di Malaysia, kata Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong.

Maybank Terus Mencari Peluang Pertumbuhan Walaupun Suasana Mencabar  - Presiden/GCEO

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Di sebalik persekitaran pasaran yang kurang memberangsangkan, Malayan Banking Bhd (Maybank) terus berusaha untuk mencari peluang pertumbuhan di seluruh segmen, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Datuk Seri Khairussaleh Ramli.

Keuntungan Bersih Suku Kedua 2025 Public Bank Susut Sedikit Kepada RM1.76 Bilion

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sedikit sebanyak RM1.76 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025, berbanding RM1.78 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Integrasi Kewangan Rentas Sempadan Tingkatkan Risiko Kesan Limpahan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Institusi kewangan hari ini beroperasi merentasi sempadan dan sistem perundangan, mendorong risiko dan impaknya meluas dengan cepat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$122 Bilion Pada 15 Ogos

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$122 bilion pada 15 Ogos 2025, berbanding US$121.3 bilion yang direkodkan pada 31 Julai 2025.

HSBC Malaysia Perkenal Perkhidmatan Premier Dipertingkat Untuk Segmen Mewah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- HSBC Malaysia melancarkan perkhidmatan HSBC Premier serba baharu yang dikhaskan kepada pelanggan mewah dan bernilai bersih tinggi dengan rangkaian penyelesaian kekayaan, kesihatan, perjalanan dan perbankan antarabangsa yang diperluas.

MRL, CCCC Meterai SA7, Lengkapkan ECRL Ke Northport, Westports

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memuktamadkan Perjanjian Tambahan 7 (SA7) dengan kontraktor Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi sambungan dari stesen terakhir di Jalan Kastam, Pelabuhan Klang ke Westports dan Northport (Seksyen D) baru-baru ini.

Bank Digital: Permulaan Memberangsangkan, Banyak Lagi Kemajuan Akan Dicapai

Oleh M. Saraswathi & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Perjalanan perbankan digital Malaysia memaparkan kemajuan yang baik dan berpotensi besar dalam membantu segmen pasaran yang tidak mendapat perkhidmatan kewangan dan kurang mendapat perkhidmatan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.