Terdapat 171 berita berdasarkan kata kunci carian " indeks harga pengguna"

Pasaran Getah Ditutup Rendah Kerana Data Ekonomi AS Lemah, Pasaran Serantau Bercampur

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan lemah semalam dan trend bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mencerminkan kenaikan semalaman Wall Street selepas angka indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) berada di bawah jangkaan, atas faktor ini ia mungkin akan menurunkan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS bulan depan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, disokong oleh penurunan 0.43 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 98.097 selepas kadar inflasi AS lebih rendah daripada jangkaan.

Ringgit Terus Catat Kenaikan Menjelang Data IHP AS Dikeluarkan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentum meningkatnya berbanding dolar AS dan mata wang utama lain dalam peniaga dan pelabur menunggu data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan malam ini.

Bursa Malaysia Kekal Dengan Prestasi Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi semasa tengah hari pada Selasa, disokong oleh laporan mengenai lanjutan tempoh gencatan tarif selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China sehingga 10 November, sekali gus menambah baik sentimen pasaran.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada sesi awal hari ini, menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 pada Jumaat ini, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, susulan penurunan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data indeks harga pengguna (IHP) AS bulan Julai yang dijadualkan esok.

Ringgit Ditutup Tinggi Susulan Jangkaan Kadar Faedah Diturunkan Pada September

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain hari ini berikutan pasaran yakin Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) September ini.

Bursa Kekal Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Dengan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, melepasi paras 1,560 seiring dengan kenaikan di pasaran serantau berikutan sentimen kembali menjadi positif.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, meningkat semula selepas mencatatkan penurunan selama dua sesi dagangan berturut-turut dalam kebimbangan mengenai impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi domestik dan global.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Bergerak Seiring Pasaran COMEX Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengambil petunjuk daripada pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS Julai pada Selasa depan.

Ringgit Terus Susut Berbanding Dolar AS Berikutan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah pada Jumaat, meneruskan penurunan berbanding dolar AS berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini.