Terdapat 146 berita berdasarkan kata kunci carian " pemaju"

Keuntungan Bersih Suku Kedua SP Setia Susut Kepada RM99.8 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih suku kedua SP Setia Bhd yang berakhir pada 30 Jun 2025 susut kepada RM99.8 juta daripada RM295.03 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelum ini.

Unit KTI Landmark Akan Bina Kompleks Kebudayaan Bernilai RM107 Juta Di Sabah

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah telah melantik anak syarikat milik penuh KTI Landmark Bhd, K.T.I. Sdn Bhd (KTISB) untuk membangunkan kompleks kebudayaan dengan kemudahan, kemudahan dan infrastruktur berkaitan seluas 23.47 hektar (ha) di Kinarut berdasarkan perkongsian awam-swasta.

Karnival UDA Bersama BizFrancais Pernas Platform Perkukuh Ekosistem Keusahawanan PMKS Sabah

PENAMPANG, 16 Ogos (Bernama) -- Penganjuran Karnival UDA bersama Bizfrancais Pernas selama tiga hari berakhir esok di Buhavan Square di sini mampu menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh pembangunan keusahawanan.

Projek Pembinaan Di Bawah RMK-13 Tumpu Penggunaan Teknologi Moden - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Penekanan akan diberikan kepada penggunaan teknologi moden dalam projek pembinaan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Building Information Modelling (BIM).

Danau Lumayan Akan Kaji Semula Projek Residensi Supaya Selaras Dengan Konsep MADANI

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pemaju perumahan, Danau Lumayan Sdn Bhd menyambut baik saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya projek perumahan berskala besar mematuhi konsep MADANI dengan menyediakan infrastruktur pendidikan.

Citaglobal Cadang Ambil Alih 12.8 Peratus Kepentingan Dalam Mutiara Perlis Pada Harga RM40 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Citaglobal Bhd bercadang untuk mengambil alih 12.8 peratus kepentingan tidak langsung dalam Mutiara Perlis Sdn Bhd pada harga RM40 juta.

Penurunan OPR Rangsang Permintaan Sederhana Dalam Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka merangsang permintaan sederhana terhadap hartanah secara umum pada separuh kedua 2025, manakala permintaan dalam segmen mewah dijangka kekal kukuh, kata penganalisis.

Sektor Hartanah Malaysia Tumbuh Kukuh Pada Separuh Pertama 2025 – Knight Frank

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia mencatat pertumbuhan lebih kukuh dalam separuh kedua 2025, disokong oleh pelaburan membabitkan pusat data memberangsangkan, pembangunan infrastruktur dan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Knight Frank Malaysia.

Penurunan OPR Lonjak Keyakinan Pembeli - PropertyGuru

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini boleh mewujudkan persekitaran pinjaman yang lebih menggalakkan dan mengukuhkan keyakinan pembeli hartanah, menurut Pengurus Negara PropertyGuru dan iProperty Malaysia, Kenneth Soh.

SDB Lancar Kondominium Mewah 'Damai' Berkonsep Letak Kereta Di Depan Pintu Di Taman Melawati

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Selangor Dredging Bhd (SDB), syarikat pemaju hartanah butik melancarkan DaMai, iaitu pembangunan kediaman mewah bertingkat pertengahan di Taman Melawati yang menampilkan konsep ‘letak kereta di depan pintu anda’.

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Avaland Bhd merancang untuk melaksanakan pembangunan komersial bercampur di Jalan Putra, Kuala Lumpur, dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM900 juta.

PNSB, Tiga Rakan Strategik Bangunkan Taman Edu-Tek, Hab Sekuriti Makanan Di Pulau Carey

SHAH ALAM, 8 Julai (Bernama) -- Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) hari ini memeterai memoranda persefahaman (MOU) dengan tiga rakan strategik bagi pembangunan Taman Edu-Tek dan Hab Sekuriti Makanan di Pulau Carey, Kuala Langat.