5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang untuk mengecualikan e-Invois bagi transaksi jualan di bawah RM500 di kedai ‘hardware’ atau perkakasan berikutan layanan khas yang telah diberikan iaitu e-Invois hanya perlu diberikan berdasarkan jenis barangan.
5bulan ago
PETALING JAYA, 26 Ogos (Bernama) -- CelcomDigi Bhd melabur sejumlah RM4.6 bilion dalam perbelanjaan modal (capex) setakat separuh pertama tahun ini, daripada komitmen pelaburan keseluruhan RM10 bilion bagi tempoh lima tahun pertama selepas penggabungan syarikat, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Idham Nawawi.
6bulan ago
PASIR SALAK, 17 Ogos (Bernama) -- Felcra Bhd mencatatkan keuntungan boleh agih sebanyak RM178 juta bagi Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) dari Januari hingga April 2025, menunjukkan peningkatan daripada prestasi tahun sebelumnya.
6bulan ago
Oleh Jailani Hasan
KOTA KINABALU, 17 Ogos (Bernama) -- Aplikasi e-panggil pertama Sabah yang dibangunkan secara tempatan, Borneo VeGO E-Pengangkutan (Borneo VeGO), kini dilancarkan secara rasmi, menandakan pencapaian baharu dalam usaha negeri ini ke arah inovasi digital dan keusahawanan dipacu komuniti.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Proses penggabungan pekebun kecil getah dan penyatuan tanah getah berskala kecil berada di landasan yang tepat, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam mod penyatuan pada tengah hari, dipernagaruhi oleh jualan berterusan selepas pelabur mengalihkan fokus mereka kepada kemungkinan berlaku penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas import dari China.
6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila pelabur mengambil keuntungan pada saham berwajaran tinggi terpilih, susulan kenaikan tinggi pada Jumaat.
6bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini mengumumkan secara rasmi pelaksanaan penuh rasionalisasi antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), menjadikan CAAM satu-satunya badan kawal selia penerbangan awam negara merangkumi aspek teknikal, keselamatan dan ekonomi.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS) percaya purata sasaran keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.5–5.5 peratus di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), seiring dengan sasaran defisit fiskal sebanyak tiga peratus daripada KDNK menjelang 2030, boleh dicapai.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pembaharuan struktur Malaysia yang berterusan untuk memastikan daya tahan jangka panjang penting untuk melindungi ekonomi daripada kejutan global, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu menjejaki penurunan daripada prestasi semalaman Wall Street disebabkan aktiviti pengambilan untung menjelang jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan memutuskan untuk menurunkan kadar faedah.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Sektor pusat data Malaysia yang berkembang pesat kini memasuki fasa penyatuan iaitu satu perkembangan semula jadi yang turut diperhatikan di pasaran yang lebih matang, kata firma hartanah komersial global, JLL.