BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Nam Dinh 0 - 2 Selangor FC | 430 motosikal Honda model CMX500A dan CBR650RAC dipanggil semula bermula 25 Mei berikutan isu teknikal - JPJ | Proses peralihan, penukaran MyKad Struktur Baharu tidak ganggu proses penebusan bantuan kerajaan termasuk SARA, BUDI95 - JPN  | Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun 30 sen kepada RM4.87 sen seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Mei 2026 - Kementerian Kewangan | RON95 turun 15 sen kepada RM3.87 seliter berbanding RM4.02 bagi tempoh 14 Mei hingga 20 Mei ini  - MOF | 

Terdapat 1494 berita berdasarkan kata kunci carian " perjanjian"

PM Australia Akan Berbincang Dengan Petronas Mengenai Kerjasama Tenaga - PM Anwar

PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) -- Perdana Menteri Australia Anthony Albanese akan mengadakan perbincangan dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memacu kerjasama dalam bidang tenaga antara Malaysia dan Australia terutamanya dalam gas asli cecair (LNG), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, susulan pelabur mula berhati-hati menjelang tarikh akhir gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)-Iran, ditambah pula dengan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi kewangan terpilih.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Di Sebalik Harapan Ketegangan Asia Barat Akan Reda

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, menjejaki peningkatan dalam pasaran serantau dalam persekitaran optimisme mengenai ketegangan di Asia Barat berpotensi akan reda.

Krisis Tenaga Global Tingkat Daya Tarikan Minyak Sawit Malaysia Di Pasaran Asia -- Noraini 

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Permintaan terhadap minyak sawit dijangka terus meningkat daripada negara pengimport tradisional komoditi itu seperti China dan India dipacu oleh ketidaktentuan geopolitik global serta keperluan keterjaminan tenaga dan makanan.

KMI Healthcare Perluas Operasi Di Tawau Dengan Bina Blok Hospital Pakar Bernilai RM72 Juta

KUALA LUMPUR, 14 April Bernama) -- Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd ( KMI Healthcare), cabang penjagaan kesihatan TDM Bhd bakal mengoperasikan blok hospital pakar baharu di KMI Tawau Medical Centre, Sabah dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM72 juta.

PM Australia Albanese Lawat Malaysia Pada 15-17 April, Fokus Kepada Keselamatan Tenaga

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dijadualkan melawat Malaysia dari 15 hingga 17 April, yang menjadi antara usaha Malaysia untuk menguruskan risiko keselamatan tenaga dalam tempoh ketidaktentuan global yang berterusan, termasuk konflik di Asia Barat dan gangguan yang menjejaskan penghantaran melalui Selat Hormuz.

Permintaan Kukuh Pelabur Pacu Langganan Penuh Nota Pelaburan Tenaga NECSA-I

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Neucu Capital Partners (M) Sdn Bhd (NCAP) berjaya memudahkan langganan penuh Nota Pelaburan Tenaga Boleh Baharu sulung, yang diterbitkan oleh NEC Suria Asset I Sdn Bhd (NECSA-I), sebuah syarikat tujuan khas (SPV) infrastruktur di bawah Nexgram Holdings Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street.

JS-SEZ Pacu Kerjasama, Serlah Johor Sebagai Hab Pelaburan Dan Digital

JOHOR BAHRU, 12 April (Bernama) -- Kerjasama kukuh pelbagai pihak berkepentingan bertunjangkan pendekatan ekosistem holistik, dijangka mempercepat transformasi ekonomi Johor, khususnya menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Ringgit Dijangka Kekalkan Trajektori Pengukuhan, Lepasi Paras 3.95 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Ringgit dijangka mengekalkan trajektori pengukuhan minggu depan dan berpotensi melepasi paras 3.95 dalam keadaan optimisme pelabur namun berhati-hati terhadap perkembangan di Asia Barat, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Kebanyakannya Tinggi, Dipacu Saham Teknologi, Hartanah & Pembinaan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini, dengan momentum belian tertumpu terutamanya pada saham teknologi, hartanah dan pembinaan.

Bagan Datuk Bakal Muncul Sebagai Hab Pusat Data Dengan Projek Bernilai RM569 Juta - PRIVASIA

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- PRIVASIA Technology Bhd (PRIVASIA) bakal membangunkan daerah Bagan Datuk, Perak sebagai hab infrastruktur digital, berikutan pemeteraian perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM569 juta bagi projek pusat datanya.