BERITA TERKINI   Agong perkenan pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu - KSN | 

Terdapat 6607 berita berdasarkan kata kunci carian " re"

​​​​​​​MRCB Muktamadkan Perolehan Bukit Jalil Sentral Property Bernilai RM1.58 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menyelesaikan cadangan pemerolehan Bukit Jalil Sentral Property Sdn Bhd (BJSP) selepas melunaskan baki pertimbangan pembelian berjumlah RM1.42 bilion secara tunai.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi lebih lemah dalam pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat, apabila dolar AS yang lebih kukuh memberi tekanan kepada harga di tengah-tengah konflik AS-Iran.

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, kekal dalam jajaran sempit apabila pasaran terus memantau rapat perkembangan di Asia Barat.

Unit Varia Peroleh Kerja Sub Kontrak Berjumlah RM293.32 Juta Di Johor

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Varia Bhd (Varia), Pembinaan Teguh Maju Sdn Bhd (PTM) menerima surat lantikan daripada RSM Builders Sdn Bhd bagi sub kontrak bernilai RM293.32 juta. 

Jualan Automotif Pada Mac 2026 Naik 21 Peratus Berbanding Angka Februari

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan peningkatan dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 21 peratus kepada 63,489 unit kenderaan pada Mac 2026 berbanding bulan sebelumnya.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Minat Belian Saham Permodalan Besar

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, disokong minat belian dalam saham permodalan besar apabila pelabur beralih kepada kaunter defensif susulan peningkatan ketidaktentuan geopolitik.

Genting Malaysia, AGIBOT Meterai MoU Perkasa Robotik AI Dalam Sektor Hospitaliti Dan Hiburan

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Genting Malaysia Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan AGIBOT Innovation (Shanghai) Technology Co Ltd bagi memperkasa penggunaan robotik kecerdasan buatan (AI) fizikal dalam sektor hospitaliti, hiburan dan rekreasi.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari Seiring Bursa Serantau

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang optimis, walaupun sentimen kekal berhati-hati susulan perkembangan yang sedang berlaku di Selat Hormuz.

Pelabur Tempatan Sumbang RM48.9 Bilion Atau 58.3 Peratus Daripada Pelaburan Selangor Pada 2025

SHAH ALAM, 20 April (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa gembira bahawa lebih separuh daripada jumlah pelaburan di Selangor berjumlah RM48.9 bilion atau 58.3 peratus pada 2025 adalah daripada pelabur tempatan.

Kerajaan Komited Kepada Reformasi Dasar, Libat Urus Dengan Syarikat, Pengurus Dana - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kerajaan terus komited terhadap pembaharuan dasar dan  libat urus yang berterusan dengan syarikat dan pengurus dana, yang mempunyai pilihan dalam menentukan destinasi pelaburan serta lokasi operasi pembuatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati walaupun terdapat kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas didorong ketidaktentuan berpanjangan di Asia Barat.

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada Isnin.