Terdapat 113 berita berdasarkan kata kunci carian " tender"

Prestasi Saham TNB Terjejas Berikutan Keputusan Mahkamah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Bursa Malaysia menyusut dalam dagangan awal hari ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan notis penilaian cukai tambahan yang dikeluarkan kepada syarikat itu bagi tahun taksiran 2018.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Unit HSS Engineers Raih Kontrak Perundingan Dengan Davao Transport

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Syarikat bersekutu HSS Engineers Bhd (HEB), HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI) memperoleh kontrak perundingan bagi Projek Pemodenan Pengangkutan Awam Davao di Filipina.

PAAB Komited Siapkan Projek Bernilai RM2.4 Bilion, Pastikan Kontraktor Patuhi Keselamatan

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sedang giat melaksanakan projek menaik taraf infrastruktur air di seluruh negara dengan peruntukan berjumlah hampir RM2.4 bilion demi kelestarian dan keselamatan bekalan air negara pada masa hadapan.

Pembangunan Kota MADANI Bernilai RM4 Bilion Bermula Suku Ketiga Tahun Ini

PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Pembangunan Kota MADANI di Presint 19 di sini yang menempatkan kuarters kerajaan akan dilaksanakan secara berfasa dijangka bermula suku ketiga tahun ini dengan kos pembangunan dianggarkan berjumlah RM4 bilion.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Kukuh Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Valet Technology Sasar Penyenaraian Di Pasaran ACE Pada Suku Pertama 2026

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 15 Jun (Bernama) -- Valet Technology Sdn Bhd menyasarkan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada suku pertama 2026 sejajar dengan langkah syarikat memperluas perniagaannya dalam penyelesaian keselamatan siber dan identiti.

Untung Bersih Kerjaya Prospek Meningkat Kepada RM46.07 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM46.07 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, meningkat daripada RM33.55 juta pada suku pertama tahun lepas.

Untung Bersih Suku Pertama Sunway Construction Naik Kepada RM75.71 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd (SunCon) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 meningkat kepada RM75.71 juta, naik daripada RM32.40 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

IILM Terbit Semula Sukuk Jangka Pendek US$1.24 Bilion

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah menyelesaikan penerbitan semula agregat US$1.24 bilion (US$1=RM4.318) sukuk jangka pendek masing-masing bagi tempoh satu, tiga, enam dan 12 bulan.

Sektor Pembinaan, Uitiliti Dijangka Menerima Manfaat Selepas AS Ubah Peraturan Eksport Cip

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia terus menunjukkan perkembangan yang positif selepas disokong pelbagai aliran berita mengenai aktiviti tender-tender pusat data, dengan peningkatan prospeknya terhadap potensi perubahan dalam peraturan penyebaran kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat (AS).

Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM29.58 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025, meningkat daripada RM25.65 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.