11bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni, Fatin Umairah Abdul Hamid dan Karina Imran
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika Indeks Dolar AS kekal suram walaupun laporan inflasi negara maju itu meningkat daripada jangkaan awal.
11bulan ago
Oleh Shakir Husain
NEW DELHI, 12 Feb (Bernama) -- India mengimport sebanyak 90,307 tan minyak sawit dari Malaysia pada Januari 2025, menandakan jumlah import terendah negara itu bagi komoditi tersebut dalam tempoh 13 tahun.
11bulan ago
BANGI, 12 Feb (Bernama) -- Malaysia masih berpeluang menarik lebih banyak syarikat asing, terutama yang beroperasi di negara-negara yang terkesan dengan dasar Amerika Syarikat (AS) walaupun berdepan cabaran geopolitik, demikian menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul, sekali gus membolehkan indeks utama kembali melepasi paras 1,590.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan di atas keyakinan kerajaan Turkiye terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), sekali gus mengesahkan lagi kerjasama kukuh dalam pengendalian Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGA).
11bulan ago
PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Malaysia akan terus menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berikutan peranannya sebagai tunjang ekonomi negara dan menjadi sebahagian besar daripada perniagaan di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut susulan kebimbangan kesan tarif import Amerika Syarikat (AS) terhadap industri keluli dan aluminium menyokong mata wang negara maju itu.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan ketidaktentuan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap import keluli dan aluminium yang mendorong permintaan untuk logam selamat itu.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pantech Global Bhd dijangka tidak terjejas dengan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium.
11bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini seiring dengan penyusutan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keputusan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 berkurangan sebanyak 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024.