5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pelaburan syarikat semikonduktor berteknologi tinggi dari China, Ferrotec bernilai RM550 juta di Pasir Gudang, Johor melalui Ferrotec Power Semiconductor Malaysia Sdn Bhd dijangka menjana nilai eksport tahunan sebanyak RM600 juta.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Malaysia-Kemboja (MCBA) menggesa perniagaan Malaysia merebut peluang baharu di Kemboja berikutan gangguan rantaian bekalan disebabkan oleh situasi sempadan Kemboja-Thailand baru-baru ini.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- Bangladesh mahu meneroka lebih banyak pelaburan dari Malaysia untuk mengukuhkan ekonominya dan membina masa depan yang mampan serta ekonomi berpertumbuhan tinggi, kata Ketua Penasihat Bangladesh Dr Muhammad Yunus.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada 25,679 tan pada Jun 2025 daripada 24,256 tan pada Mei 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
5bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pengeluar pesawat turboprop Perancis-Itali, ATR bersedia membantu Malaysia dan pengendali ASEAN lain dalam usaha mencapai matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sejajar peranan syarikat itu yang terus menjadi peneraju operasi lestari sektor penerbangan serantau.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Vivax-Metrotech Corporation (VXMT), peneraju global dalam teknologi pengesanan dan pemeriksaan utiliti termaju mengumumkan pelaburan RM48 juta untuk penubuhan kemudahan pembuatan baharu di Pulau Pinang yang mewujudkan 175 pekerjaan berkemahiran tinggi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berhasrat mengembangkan kehadirannya di Kanada memandangkan negara itu kini merupakan antara ppembekal utama gas asli cecair (LNG), kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan, Mohd Jukris Abdul Wahab.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjangka aliran harga minyak yang rendah ketika ini akan berterusan dan berada dalam jajaran US$64 hingga US$65 setong, kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluannya Mohd Jukris Abdul Wahab.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 11 Ogos (Bernama) -- Syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, dan Johor Special Water (JSW) Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan air pulih guna bagi memenuhi permintaan bekalan air yang semakin meningkat dalam industri pusat data di Johor.
5bulan ago
Oleh Farhana Poniman
GEORGE TOWN, 10 Ogos (Bernama) – Industri teknologi perubatan Pulau Pinang muncul sebagai salah satu sektor paling berpotensi di negeri ini dengan prospek pertumbuhan kukuh, disokong oleh permintaan global, keupayaan tempatan dan ekosistem yang padu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, syarikat acara perniagaan tempatan terkemuka yang sedang menyambut ulang tahun ke 20 sejak ditubuhkan pada 2005, telah menggondol 10 anugerah berprestij di Anugerah Perniagaan Malaysia (MBEA) 2025 yang diadakan baru-baru ini.
5bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka akan didagangkan lebih rendah minggu hadapan berikutan unjuran pengeluaran dan tahap inventori yang lebih tinggi.