6bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) telah mengurangkan kerugian bersihnya kepada RM173.09 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 daripada kerugian bersih berjumlah RM248.88 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun kewangan 2024.
6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Selasa susulan aktiviti pembelian saham pada harga rendah menerusi saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi kukuh pasaran serantau.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan setiap dasar ekonomi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di bawah seliaannya akan dilaksanakan sebaik mungkin, kata menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun daripada penyusutan semalam apabila dibuka meningkat hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau ketika pelabur kekal optimis Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah utamanya pada bulan depan.
6bulan ago
KUANTAN, 4 Ogos (Bernama) -- Kemajuan mengenai Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) adalah antara agenda utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Peringkat Tinggi Mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) ke-48 selama dua hari bermula hari ini.
6bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, diheret turun oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan mencatatkan penurunan susulan aktiviti jualan berterusan di kaunter-kaunter wajaran tinggi terpilih, walaupun terdapat sambutan positif terhadap pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) minggu lalu dan pengurangan tarif AS ke atas barangan Malaysia.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia tidak mengorbankan kepentingan nasional demi mendapatkan layanan istimewa, sebaliknya, rundingan bersama Amerika Syarikat (AS) mengekalkan keunikan dasar negara.
6bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam rundingan untuk mengurangkan tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksportnya kepada 19 peratus daripada 25 peratus disifatkan sebagai langkah strategik ke hadapan.
6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, dipacu peningkatan sentimen pelabur berikutan penurunan tarif Amerika Syarikat (AS) dan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bermula 4 Ogos ini pada persidangan Parlimen.
6bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah dijangka didagangkan dalam jajaran kecil tetapi dengan kecenderungan menurun pada minggu hadapan, kata pakar industri Denis Low.
6bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Dalam tempoh lima hari, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencapai banyak kejayaan melebihi apa yang menjadi aspirasi ramai pemimpin dalam bidang politik antarabangsa dan perdagangan global.