Terdapat 1791 berita berdasarkan kata kunci carian " minyak "

KDNK Suku Kedua Malaysia Dianggarkan Berkembang 4.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 4.5 peratus pada suku kedua 2025 berdasarkan anggaran awal, mengatasi peningkatan sebanyak 4.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Jumlah Dagangan Malaysia Naik 4.8 Peratus Kepada RM1.465 Trilion Pada Separuh Pertama 2025 - MITI

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2025, meningkat 4.8 peratus kepada RM1.465 trilion berbanding tempoh yang sama pada 2024, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Saliran Lantik CFO Yong Wai Kin Sebagai Pengarah Eksekutif

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Saliran Group Bhd melantik Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat, Yong Wai Kin sebagai Pengarah Eksekutif berkuat kuasa hari ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini disebabkan peniaga bersikap berhati-hati menjelang angka eksport utama dan pengeluaran yang akan dikeluarkan minggu depan.

Sabah Ambil Alih Ekuiti 25 Peratus Dalam Kemudahan ZLNG Petronas - Hajiji

KOTA KINABALU, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah, melalui SMJ Energy Sdn Bhd menandatangani perjanjian induk (HoA) dengan Petronas LNG Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan ekuiti sebanyak 25 peratus dalam kemudahan gas asli cecair terapung berhampiran pantai (ZLNG) bernilai US$3.1 bilion (RM13.17 bilion) di Sipitang.

Petronas Perkukuh Kerjasama Di Sabah, Meterai Perjanjian Ekuiti Dengan SMJ Energy

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikatnya Petronas LNG Sdn Bhd (PLSB) memeterai perjanjian induk (HoA) dengan SMJ Energy Sdn Bhd (SMJ Energy) untuk memformalkan terma penyertaan ekuiti SMJ Energy sebanyak 25 peratus dalam PFLNG 3 Sdn Bhd.

Peluang Malaysia 55 Peratus Untuk Kurangkan Tarif AS Kepada 15-19 Peratus - Apex Securities

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Malaysia mempunyai peluang sebanyak 55 peratus untuk mengurangkan kadar tarif akhir Amerika Syarikat (AS) kepada julat 15 hingga 19 peratus daripada kadar semasa 25 peratus sekiranya mencapai persetujuan perdagangan yang positif, kata Apex Securities Bhd.

Tarif AS Boleh Seret Turun Pertumbuhan KDNK ASEAN-5 Kepada 1.5 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN-5 dijangka turun kepada 3.0 peratus pada 2025 dan serendah 1.5 peratus pada 2026 sekiranya kesan kumulatif daripada tarif Amerika Syarikat (AS) berterusan, kata ahli ekonomi.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Prestasi Pasaran Berkaitan, Ringgit

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh prestasi kenaikan harga di pasaran berkaitan komoditi itu.

Sarawak Tampil Sebagai Peneraju Tenaga Bersih Melalui IEW 2025

KUCHING, 16 Julai (Bernama) -- Minggu Tenaga Antarabangsa Keenam (IEW) 2025 yang dilancarkan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak mengesahkan semula peranan pentingnya sebagai peneraju global dalam inovasi tenaga bersih di tengah-tengah peralihan dunia ke arah tenaga lestari.

Kerajaan Sentiasa Pastikan Sebarang Perjanjian Akan Sokong Pembaharuan Ekonomi - Zafrul

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pendekatan rundingan kerajaan sentiasa memastikan bahawa sebarang persetujuan yang dicapai menyokong pembaharuan ekonomi negara dan strategi pertumbuhan mampan.

Niaga MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Keuntungan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berikutan pengambilan keuntungan oleh para peniaga.