1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula esok menyaksikan penambahbaikan bantuan bersasar merangkumi sebahagian peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA dalam angka tertinggi iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lepas.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 14 Jan (Bernama) -- Selgate Corp Sdn Bhd (Selgate Corp), melalui anak syarikat penjagaan kesihatannya, Selgate Healthcare Sdn Bhd menandatangani perjanjian pembangunan dan pajakan bersama MTT Properties and Development Sdn Bhd (MTT Properties) bagi membina sebuah hospital pakar swasta di Balik Pulau, Pulau Pinang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh, disokong oleh pasaran tenaga kerja AS yang lebih baik dan ekonomi yang kukuh, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Landskap pelaburan Malaysia pada 2024 sekali lagi menunjukkan daya tahan dan keupayaan menyesuai, dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berada di barisan hadapan dalam memacu pertumbuhan ekonomi menerusi pelaburan strategik, pembangunan modal insan, serta inisiatif ekonomi digital dan hijau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Metronic Global Bhd, melalui MAT JV Sdn Bhd, berjaya memperoleh projek skim bekalan air bernilai RM31 juta di Selangor.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Permintaan Malaysia terhadap logam ferus serta produk bernilai tambahnya akan dipacu oleh pelaksanaan projek infrastruktur utama tempatan, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka menyumbang tambahan US$28 bilion (US$1=RM4.50) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan Malaysia menjelang 2030, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (secara kolektif, Konsortium) telah menerima penerimaan tawaran sah sebanyak 1.40 bilion saham mewakili 84.1 peratus daripada jumlah saham terbitan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) dan kerajaan Johor mengumumkan pakej insentif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang disediakan untuk menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan terus ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan data aktiviti perkilangan global yang tidak memberangsangkan menandakan prospek ekonomi yang tidak menentu, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) mengunjurkan jualan hartanah meningkat sebanyak 10 peratus tahun ke tahun pada 2025.