BERITA TERKINI   Mesyuarat antara Perdana Menteri Anwar dan rakan sejawatnya dari India Modi sasar perkukuh hubungan dua hala | 

Terdapat 1853 berita berdasarkan kata kunci carian "saham"

Keuntungan Bersih Ancom Nylex Turun Kepada RM63.49 Juta Untuk Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Ancom Nylex Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2025 (TK2025) susut kepada RM63.49 juta berbanding RM81.47 juta dicatatkan pada tahun kewangan 2024.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Pembelian Saham Berharga Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis mengakhiri penurunan selama dua harinya seiring dengan kenaikan di pasaran serantau, disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah berikutan penjualan baru-baru ini. 

Peluang Malaysia 55 Peratus Untuk Kurangkan Tarif AS Kepada 15-19 Peratus - Apex Securities

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Malaysia mempunyai peluang sebanyak 55 peratus untuk mengurangkan kadar tarif akhir Amerika Syarikat (AS) kepada julat 15 hingga 19 peratus daripada kadar semasa 25 peratus sekiranya mencapai persetujuan perdagangan yang positif, kata Apex Securities Bhd.

iCents Group Sasar Pertumbuhan Pendapatan 10 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- iCents Group Holdings Bhd menyasarkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 10 peratus pada 2026, didorong oleh jangkaan sumbangan yang meningkat daripada operasi pembuatannya.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Sejajar Dengan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Khamis, sejajar kenaikan yang dicatatkan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Meningkat Semula, Jejaki Petunjuk Dari Wall Street

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan selama dua hari berturut-turut untuk dibuka tinggi pada Khamis didorong minat belian yang muncul, menjejaki petunjuk daripada prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman.

Greenyield Jual Tanah Industri Di Selangor Pada RM8 Juta

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Greenyield Bhd menjual sebidang tanah perindustrian pegangan pajak yang masih belum dibangunkan di Banting, Selangor kepada pengeluar penapis kartrij, Filtermation (MFG) Sdn Bhd dengan nilai RM8 juta.

ASSAR Umum Dividen Akhir 3.0 Sen Seunit

KUCHING, 16 Julai (Bernama) -- Amanah Saham Sarawak (ASSAR) hari ini mengumumkan pengagihan dividen akhir sebanyak 3.0 sen seunit bagi tahun kewangan 2025.

Camaroe Dapat Kelulusan Bursa Untuk Penyenaraian Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kumpulan akuakultur bersepadu, Camaroe Bhd, telah menerima kelulusan dari Bursa Malaysia Securities Bhd untuk disenaraikan di Pasaran ACE.

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, didagang di bawah paras 1,520 kerana pelabur kekal berhati-hati menjelang tarikh akhir rundingan tarif Amerika Syarikat (AS).

Unjuran Produk Getah Kekal Suram Susulan Persekitaran Yang Tidak Menguntungkan - RHB IB

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan sektor produk getah kekal suram susulan persekitaran operasi yang tidak menguntungkan, dipacu oleh tempoh penyatuan inventori yang lebih lama daripada jangkaan.

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama)  -- Bursa Malaysia tidak berubah ketika dibuka pada Rabu berikutan prestasi semalaman Wall Street.