Terdapat 216 berita berdasarkan kata kunci carian " grid"

ASEAN Perlu Tingkat Kesalingbergantungan Perdagangan, Pelaburan Untuk Kelangsungan Ekonomi

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Peranan Malaysia selaku pengerusi ASEAN dalam menggalakkan perdagangan dan pelaburan di Asia Tenggara, serta mengukuh integrasi menerusi kesalingbergantungan penting untuk kelangsungan ekonominya di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran global.

ASEAN Perlu Perkasa Dan Kembangkan MNC Teknologi Serantau, Global - Liew

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- ASEAN tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada model pelaburan langsung asing (FDI), sebaliknya perlu memperkukuh pelaburan dalam syarikat teknologi tempatan demi menjamin masa depan ekonomi serantau.

Kejayaan Raih Tiga Anugerah Di Enlit Asia 2025 Bukti Kecemerlangan Inovasi, Kemampanan TNB

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kejayaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) meraih tiga anugerah semasa persidangan dan pameran antarabangsa berprestij Enlit Asia 2025 di Bangkok baru-baru ini membuktikan penerajuan inovasi dan kemampanannya dalam sektor kuasa dan tenaga.

Cheeding Sasar Raih RM51.5 Juta Daripada IPO

PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan utiliti, Cheeding Holdings Bhd menyasarkan untuk meraih RM51.5 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO), menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 7 Okt 2025.

Expo 2025 Osaka: TNB Serlah Visi Sifar Bersih Malaysia, Integrasi Tenaga ASEAN

OSAKA, 10 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menegaskan komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 di samping menekankan peranannya dalam memajukan integrasi tenaga ASEAN ketika berlangsungnya Minggu Tenaga di Pavilion Malaysia pada acara dunia, Expo 2025 Osaka, di sini.

Sarawak Tingkat Kapasiti Tenaga Solar Melalui Projek Terapung Dan Atas Tanah

KUCHING, 9 Sept (Bernama) -- Sarawak menyasarkan untuk memperkasa kapasiti solar negeri ini melalui pemasangan sistem solar terapung dan di tanah sebagai sebahagian daripada usaha memajukan pembangunan tenaga boleh diperbaharui.

Malaysia, ASEAN Timbang Tenaga Nuklear Sebagai Sumber Baharu

KUALA LUMPUR, 7 Sept  (Bernama) -- Beberapa negara anggota ASEAN termasuk Malaysia secara asasnya bersetuju untuk menimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai satu daripada sumber tenaga baharu di masa hadapan.

Sektor Pembinaan Malaysia Dijangka Berkembang 9.6 Peratus Pada 2025 - BMI

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) - Industri pembinaan Malaysia dijangka berkembang 9.6 peratus tahun ke tahun pada 2025, dipacu oleh sektor bangunan, kata BMI, anak syarikat Fitch Solutions.

Lonjakan Nilai Jenama TNB Cermin Keyakinan Kukuh Pasaran

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) – Lonjakan 35 peratus nilai jenama Tenaga Nasional Bhd (TNB) kepada US$2.3 bilion (US$1 = RM4.22) dalam laporan Energy 100 2025 Brand Finance baru-baru ini menunjukkan keyakinan kukuh pasaran terhadap daya tahan kewangan dan kecekapan operasinya.

Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak Buka Potensi Projek Penjanaan Baharu

KUCHING, 3 Sept (Bernama) -- Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak baru-baru ini menandakan titik perubahan besar untuk sektor tenaga negeri, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi.

Lawatan Fadillah Ke Busan Cermin Usaha Perkukuh Kerjasama Serantau, Transformasi Tenaga

BUSAN, 30 Ogos (Bernama) --Lawatan kerja rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke Busan memperlihatkan kesediaan Malaysia untuk mengukuhkan kerjasama serantau dan memajukan peralihan tenaga bersihnya di dalam negara dan juga ASEAN.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Indeks komposit Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini didorong oleh aktiviti pengambilan untung di kaunter saham wajaran tinggi telekomunikasi, barangan pengguna dan utiliti.