Terdapat 3455 berita berdasarkan kata kunci carian " kekal"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu, seiring dengan pergerakan pasaran serantau yang rendah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ambil Petunjuk Daripada Penurunan Wall Street

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) --  Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penuruan daripada semalaman Wall Street susulan kemerosotan saham berkaitan teknologi.

Cypark Tebus Sepenuhnya Sukuk Musharakah kekal Tranche 1 Bernilai RM235 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Cypark Resources Bhd, Cypark Renewable Energy Sdn Bhd telah menyelesaikan penebusan awal dan penuh Sukuk Musharakah Kekal Tranche 1 berjumlah RM235 juta hari ini. 

Pharmora Tingkatkan Pegangan Apex Healthcare Kepada 94.94 Peratus

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Apex Healthcare Bhd mengumumkan Pharmora Investment Holdings Pte Ltd meningkatkan pegangannya dalam syarikat itu kepada 94.94 peratus susulan tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syarat.

Belian Saat Akhir Lonjak Petunjuk Pasaran Bursa Malaysia Untuk Ditutup Tinggi 

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri dagangan  dengan lebih kukuh hari ini, pulih selepas penurunan pada awal dagangan untuk ditutup 0.21 peratus lebih tinggi, paras tertinggi baharu untuk tahun ini.

Ringgit Ditutup Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Selasa, didorong oleh minat belian yang lebih baik. 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dan trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Inflasi Malaysia Dijangka Kekal Rendah, Stabil - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Inflasi Malaysia dijangka kekal rendah dan stabil di masa depan walaupun perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkemungkinan mendorong kenaikan yang sederhana, demikian menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan rendah pada sesi awal hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada sesi dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah berikutan kekurangan petunjuk ekonomi baharu bagi menggerakkan pasaran.

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang sebaliknya susut menjelang penerbitan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini.

Niaga Hadapan MSM Menyusut Selepas Stok Meningkat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas pasaran terus berhati-hati susulan peningkatan paras stok.