Terdapat 843 berita berdasarkan kata kunci carian "petronas"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, disokong oleh sentimen yang semakin baik dalam persekitaran harapan tinggi menjangkakan bahawa ketegangan di Asia Barat akan reda.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal pada Khamis bagaimanapun turun daripada kenaikan awal susulan menjejaki petunjuk daripada prstasi Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Diseret Turun Oleh Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah selepas mencatatkan kenaikan awal pada Rabu, ekoran berlakunya pengambilan untung di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutama sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, susulan pelabur mula berhati-hati menjelang tarikh akhir gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)-Iran, ditambah pula dengan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi kewangan terpilih.

Petronas Sahkan Bekalan Bahan Api Di Seluruh Rangkaian Stesen Sehingga Akhir Jun

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di serata negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026, lanjutan daripada unjuran sehingga akhir Mei yang dibuat sebelum ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Di Sebalik Harapan Ketegangan Asia Barat Akan Reda

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, menjejaki peningkatan dalam pasaran serantau dalam persekitaran optimisme mengenai ketegangan di Asia Barat berpotensi akan reda.

Kerajaan Setuju Naikkan Adunan Biodiesel Kepada B15 Tanpa Kos Tambahan - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan B12 tanpa melibatkan sebarang kos tambahan susulan krisis di Asia Barat. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Optimisme Terhadap Rundingan Damai AS-Iran

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi ketika mengakhiri dagangan pada Selasa, seiring dengan kenaikan yang dicatatkan pasaran serantau, apabila sentimen bertambah baik susulan optimisme terhadap potensi rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

PM Australia Albanese Lawat Malaysia Pada 15-17 April, Fokus Kepada Keselamatan Tenaga

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dijadualkan melawat Malaysia dari 15 hingga 17 April, yang menjadi antara usaha Malaysia untuk menguruskan risiko keselamatan tenaga dalam tempoh ketidaktentuan global yang berterusan, termasuk konflik di Asia Barat dan gangguan yang menjejaskan penghantaran melalui Selat Hormuz.

Bursa Malaysia Terus Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada tengah hari, menjejaki pasaran serantau yang lebih kukuh apabila sentimen bertambah baik didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh saham kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Rancangan AS Sekat Selat Hormuz

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran serantau yang hambar apabila rundingan Iran-Amerika Syarikat (AS) berakhir tanpa penyelesaian, seterusnya mendorong Washington meneruskan rancangan sekatan terhadap Selat Hormuz.