Terdapat 1350 berita berdasarkan kata kunci carian " pengurusan"

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan OPR BNM Esok

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelang keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan kadar dasar semalaman (OPR) esok, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Krisis Berterusan Tarif AS-china

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini susulan krisis tarif Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini bagaimanapun turun selepas itu disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih susulan peningkatan di Wall Street, kata seorang penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, disokong oleh sentimen positif ke atas mata wang tempatan, kata seorang penganalisis. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ketika Dolar AS Susut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup  tinggi pada Isnin dalam keadaan penyusutan dolar Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Malaysia Ambil Pendekatan Bersistematik Tangani Impak Tarif AS - PM Anwar

SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan komited untuk melindungi ekonomi negara menerusi pendekatan pantas, cekap dan kreatif dalam usaha menangani ketidaktentuan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sidang Khas Dewan Rakyat Beri Peluang Kerajaan Perjelas Usaha Tangani Tarif AS

Oleh Nor Baizura Basri dan Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Sidang Khas Dewan Rakyat berkaitan isu tarif Amerika Syarikat (AS) hari ini memberi peluang kepada ahli parlimen untuk mendengar penjelasan daripada kerajaan mengenai usaha berterusan bagi menangani impak ketidaktentuan ekonomi global terhadap negara.

Untung Bersih MR D.I.Y. Naik Kepada RM174.15 Juta Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih MR D.I.Y. Group (M) Bhd meningkat kepada RM174.15 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 daripada RM144.88 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Ahli Ekonomi Turunkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia Kepada 4.5 Peratus, Yakin Daya Tahan Ekonomi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kalangan ahli ekonomi menyemak turun pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.5 peratus berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan, namun pada masa sama terus yakin dengan daya tahan ekonomi.

Ringgit Ditutup Tinggi Berikutan Tindak Balas Kerajaan Terhadap Kesan Tarif Timbal Balik AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, berikutan tindak balas kerajaan terhadap kesan tarif timbal balik daripada AS, kata seorang penganalisis.

Maybank IB Kekal Positif Terhadap Kelompok Pusat Data ASEAN 

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) kekal positif terhadap kelompok pusat data (DC) yang dibangunkan di ASEAN walaupun terdapat sekatan eksport cip berteknologi tinggi oleh Amerika Syarikat (AS) serta kebimbangan berkaitan tarif dan makro.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, diniagakan dalam julat yang lebih meluas dalam ketidaktentuan berterusan berikutan tarif global dan data ekonomi yang lemah, kata ahli ekonomi.