6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi 0.36 peratus lebih rendah pada Selasa, menjejaki pasaran global bercampur-campur apabila sentimen pelabur bertukar menjadi berhati-hati dalam persekitaran ketegangan perdagangan baharu akibat cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif 15 hingga 20 peratus ke atas import Kesatuan Eropah.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Unit milik penuh Bursa Malaysia Bhd, Bursa Carbon Exchange (BCX) telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan UEM Lestra Bhd, unit milik penuh UEM Group Bhd untuk merintis lelongan Kontrak Bekalan Tenaga Dua Hala (BESC) pertama di Malaysia di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Pemain industri perkapalan Malaysia mengemudi separuh pertama 2025 secara berhati-hati dalam mendepani cabaran pasaran serta beroperasi dalam persekitaran kompleks yang memerlukan strategi lebih cermat dan berhemat.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan terhadap aset selamat menjelang tarikh akhir 1 Ogos bagi kemungkinan pengenaan tarif baharu ke atas Kesatuan Eropah (EU).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Unit Cahya Mata Sarawak Bhd, iaitu Cahya Mata Cement Sdn Bhd telah menganugerahkan kontrak bernilai RM673 juta kepada Sinoma Industry Engineering (M) Sdn Bhd, untuk membina barisan pengeluaran klinker baharu 6,000 tan sehari di Loji Bersepadu Mambong di Kuching.
6bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) - Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, terjejas oleh aktiviti pengambilan untung berikutan kenaikan kukuh pada minggu lepas, kata seorang penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi pendasar pasaran tunai.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melantik semula Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi.
6bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami aktiviti pengambilan untung yang sederhana minggu depan berikutan peningkatan harga baru-baru ini.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus mendapat sokongan dan meningkat minggu depan dengan julat harga lebih kukuh US$3,320 hingga US$3,380 bagi setiap auns troy, kecuali berlaku perubahan mendadak dalam sentimen pasaran bon.
6bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan, menjejaki pasaran tunai.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh perubahan kecil permintaan global.