Terdapat 1057 berita berdasarkan kata kunci carian " pembuatan"

JHT Semiconductor Buka Fasiliti Pembuatan Tercanggih Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- JHT Semiconductor Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh JHT Design Co Ltd, secara rasmi telah membuka fasiliti pembuatannya di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 15 Feb lepas.

PMKS Utara Boleh Guna Pembiayaan MyCIF Untuk Kembang Perniagaan

BUKIT MERTAJAM, 18 Feb (Bernama) -- Usahawan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di wilayah utara digalakkan untuk meneroka peluang pembiayaan baharu melalui Malaysia Co-Investment Fund (MYCIF).

MPN Lulus Kerangka NSS Bangunkan 110 Syarikat Semikonduktor Bernilai Tinggi Tempatan - MITI

KUALA LUMPUR,18 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) meluluskan pelaksanaan kerangka khusus Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) yang menggariskan hala tuju jelas bagi menyasarkan pembangunan 110 syarikat tempatan dalam aktiviti bernilai tinggi.

Industri Semikonduktor Raih Peluang Dari Krisis Perdagangan AS-China - MSIA

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China telah membuka peluang kepada industri semikonduktor Malaysia, kata Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Wong Siew Hai.

Pelabuhan Klang Sasar Kendali 15 Juta TEU Kontena Pada 2025 - Loke

KLANG, 17 Feb (Bernama) -- Pelabuhan Klang menyasarkan pengendalian 15 juta unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU) pada 2025 yang mewakili peningkatan sebanyak 2.3 peratus berbanding pada 2024.

MITI Semak Semula Lima Akta Untuk Perkukuh Pembangunan Perindustrian

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian (MITI) sedang menyemak semula lima akta untuk mengukuhkan pembangunan perindustrian yang dicadang dibentangkan kepada Parlimen tahun ini.

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Harian YBS, Kemuka Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung jualan singkat harian (IDSS) YBS International Bhd sehingga pukul 8.30 pagi Isnin, 17 Februari, berikutan pelanggaran had harga.

Mazda Labur 5.0 Bilion Baht Bina Hab Pembuatan SUV Elektrik Di Thailand

BANGKOK, 13 Feb (Bernama) -- Mazda Motor Corporation akan melabur sebanyak 5.0 bilion baht (100 baht = RM13.18) untuk mewujudkan hab pembuatan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik di Thailand.

P.Pinang Yakin Mampu Hadapi Impak Perubahan Tarif Amerika Syarikat - Chow

GEORGE TOWN, 13 Feb (Bernama) -- Pulau Pinang yakin ia berupaya menghadapi cabaran perubahan dasar tarif yang diumumkan oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

KDNK Malaysia Bagi 2024 Diunjur Cecah 5.1 Peratus, Kekal Positif - HLIB

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada paras 5.1 peratus bagi tahun ke tahun pada 2024, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Turkiye Sasar Ganda Perdagangan Dengan Malaysia Kepada US$10 Bilion

PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Turkiye menyasar untuk menggandakan perdagangannya dengan Malaysia kepada US$10 bilion selepas melepasi paras US$5 bilion pada 2024, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan. 

Permintaan Tenaga Buruh Meningkat 70.4 Peratus, Kadar Pengangguran Turun 3.3 Peratus Pada 2024 - DOSM

PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada tahun 2024 meningkat kepada 70.4 peratus berbanding 70 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Tahun Keempat 2024.