Terdapat 117 berita berdasarkan kata kunci carian " grid"

Malaysia Gesa EU Tingkatkan Sokongan Dalam Pembiayaan Iklim, Inisiatif Hijau

Daripada D.Arul Rajoo

BRUSSELS, 20 Jan (Bernama) -- Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui pembiayaan iklim yang lebih tinggi, pelaburan hijau, bantuan teknikal, dan inisiatif pembinaan kapasiti.

Unit UUE Holdings Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM27.5 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Unit UUE Holdings Bhd, Kum Fatt Engineering Sdn Bhd telah memperoleh dua kontrak dengan gabungan nilai sebanyak RM27.5 juta daripada Sutera Utama Sdn Bhd untuk pemasangan, ujian dan pentauliahan kabel serta aksesori bawah tanah berkuasa 11 kilovolt (kV) dalam rangkaian pengedaran Tenaga Nasional Bhd (TNB).

SEZ Johor-Singapura, Eratkan Lagi Integrasi Dalam ASEAN – PM Anwar

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 16 Jan (Bernama) – Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025 komited untuk menerapkan integrasi yang lebih erat dalam ASEAN, meningkatkan perdagangan, ekonomi dan integrasi tenaga di rantau ini dan dengan seluruh dunia.

Anwar Dapat Kepercayaan Kerajaan, Syarikat Besar UAE Untuk Tingkatkan Kerjasama Ekonomi

ABU DHABI, 15 Jan (Bernama) -- Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), lawatan pertama ke luar negara untuk 2025, telah memberikan hasil yang memberangsangkan dengan kejayaan Perdana Menteri dan Malaysia mendapat kepercayaan kerajaan UAE dan syarikat besar dari negara teluk itu untuk menjalin kerjasama ekonomi.

Malaysia Alu-alukan Pelaburan Dari UAE Bagi Projek Tenaga Boleh Baharu

Oleh Kamarul Ariffin Md Yassin

ABU DHABI, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan kalangan syarikat Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melabur di Malaysia dalam projek melibatkan tenaga boleh baharu (TBB) serta pusat data.

Kerjasama Hidrogen Malaysia, Jepun Diharap Dapat Dimudah Cara Menjelang Mei 2025 - PM Anwar

PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) -- Projek kerjasama tenaga hidrogen bersih dan penyahkarbonan antara Sarawak Economic Development Corporation Energy (SEDCE), Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan pihak konsortium Jepun diharap dapat dimudah cara menjelang Mei tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertumbuhan Tenaga Solar Perkasa Masa Depan Tenaga Malaysia

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Sektor tenaga Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang ketara tahun ini, dipacu oleh insentif yang memangkin pemain industri untuk terlibat dalam usaha sama tenaga hijau baharu terutamanya sistem solar.

Cypark, Terengganu Inc Bangunkan Kemudahan Solar Terapung Hibrid Di Tasik Kenyir

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd dan Terengganu Inc Sdn Bhd menjalin kerjasama bagi membangunkan kemudahan solar terapung hibrid (HHFS) berkapasiti 500 megawatt (MW) di Tasik Kenyir, Terengganu.

Sistem Kojana Tingkatkan Kecekapan Tenaga Lebih 70 Peratus, Melestarikan Alam Sekitar

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Sistem gabungan haba dan kuasa (CHP) atau ‘kojana’ yang menghasilkan tenaga elektrik dan haba berguna secara serentak daripada sumber tenaga sama, mampu meningkatkan kecekapan tenaga lebih daripada 70 peratus, menghasilkan penjimatan kos tenaga yang ketara dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar bagi tempoh jangka panjang.