Terdapat 301 berita berdasarkan kata kunci carian " perdagangan luar"

Kenanga IB Unjur Pertumbuhan Sektor Pembuatan Malaysia 2025 Kekal Pada 3.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran pertumbuhan sektor pembuatan Malaysia bagi 2025 pada kadar 3.9 peratus, lebih rendah berbanding 4.3 peratus pada tahun lepas dengan mengambil kira unjuran berhati-hati terhadap perdagangan luar negara.

15 Syarikat Malaysia Pamer Produk Teknologi Hijau Di Construction Indonesia 2025

JAKARTA, 11 Sept (Bernama) -- Sebanyak 15 syarikat Malaysia akan mempamerkan bahan pembinaan, penyelesaian teknologi hijau dan inovasi berkaitan pada Construction Indonesia 2025 di Jakarta International Expo di sini dari 10 hingga 13 Sept, 2025.

Finland Intai Lebih Banyak Peluang Perniagaan Di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Finland sedang mengintai lebih banyak peluang perniagaan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menunjukkan minatnya yang semakin meningkat untuk berkembang di Malaysia.

Syarikat Malaysia Peroleh Jualan RM125 Juta Di Afrika - MATRADE

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Syarikat-syarikat dari Malaysia memperoleh jualan bernilai lebih RM125 juta termasuk RM13.6 juta dalam urus niaga disahkan semasa Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Afrika Selatan dan Kenya dari 1 hingga 5 September, 2025.

Syarikat Seramik Nagasaki Berminat Kembang Perniagaan Ke Malaysia

NAGASAKI (Jepun), 7 Sept (Bernama) – Maruhiro Inc., syarikat perdagangan seramik yang berpangkalan di wilayah Nagasaki, Jepun, berminat untuk mengembangkan perniagaan ke Malaysia.

Industri Perabot Malaysia Digesa Perluas Aktiviti Melebihi Hab Tradisional - Chan

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Industri perabot Malaysia mesti segera mempelbagaikan pasaran eksportnya selain tidak bergantung terlalu banyak kepada hab tradisional, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Cadangan Sambung Jajaran ECRL Ke Rantau Panjang Masih Pada Peringkat Awal Perbincangan - PM Anwar

BEIJING, 3 Sept (Bernama) -- Cadangan untuk menyambung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang, Kelantan, yang bersempadan dengan Thailand masih pada peringkat awal perbincangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekonomi Malaysia 2025 Diunjur Tumbuh 4.3 Peratus Walaupun IP Susut, Cabaran Luar

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada 4.3 peratus bagi 2025, didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan selain kestabilan pasaran tenaga kerja walaupun indeks pelopor (IP) susut pada Jun, kata MBSB Research.

Prestasi Perdagangan Negara Bagi Tempoh Tujuh Bulan Naik Kepada RM1.731 Trilion

SEREMBAN, 2 Sept (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 mencatatkan peningkatan 4.7 peratus atau RM1.731 trilion berbanding RM1.65 trilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

MIHAS 2025 Lepasi Sasaran 2,300 Reruai, Bukti Permintaan Halal Global Yang Kukuh

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 telah melepasi sasaran awalnya iaitu 2,300 reruai dengan lebih 2,380 gerai telah disahkan dari 45 negara, mencerminkan permintaan global yang kukuh untuk peluang perdagangan halal.

Lawatan Fadillah Ke Busan Cermin Usaha Perkukuh Kerjasama Serantau, Transformasi Tenaga

BUSAN, 30 Ogos (Bernama) --Lawatan kerja rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke Busan memperlihatkan kesediaan Malaysia untuk mengukuhkan kerjasama serantau dan memajukan peralihan tenaga bersihnya di dalam negara dan juga ASEAN.

Malaysia, Korea Selatan Dijangka Meterai MoU Kerjasama Tenaga Bersih Pada Akhir 2025

Daripada Harizah Hanim Mohamed

BUSAN, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan dijangka memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.