Terdapat 325 berita berdasarkan kata kunci carian " sabah "

Alliance Bank Pertingkat Program AEIOU Dengan Modul Biodiversiti, Cabaran Reka Bentuk Logo

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd memperkenalkan versi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dipertingkatkan dikenali sebagai “AEIOU for Responsible Living”.

Harga MSM Dijangka Diniagkan Antara RM4,200 Dan RM4,500 Tan Metrik - MPOC

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan antara RM4,200 dan RM4,500 satu tan metrik dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh bekalan boleh eksport lebih terhad dan sentimen positif dalam pasaran minyak sayuran, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Kunak Lipids Perkenal Tokotrienol Sabah Ke Pentas Dunia Di Acara Vitafoods Asia

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 20 Sept (Bernama) -- Sebaik melangkah masuk ke Pusat Pusat Konvensyen Kebangsaan Ratu Sirikit di Bangkok bagi acara tahunan dunia nutraseutikal Vitafoods Asia, satu reruai ternyata menarik perhatian dan rasa bangga dengan paparan nama Malaysia dan Sabah jelas di kain rentangnya.

Sektor Perbankan Komited Salur Bantuan Kewangan Untuk Pelanggan Terjejas Di Sabah

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) – Industri perbankan telah berikrar untuk menyalurkan bantuan kewangan dan bantuan lain kepada masyarakat di Sabah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

CIMB Lanjut Penangguhan Pembayaran Kepada Pelanggan Terjejas Akibat Banjir Di Sabah

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd sekali lagi menegaskan pelan bantuan banjir CIMB masih tersedia bagi menyokong pelanggan yang terjejas akibat banjir di Sabah baru-baru ini.

Bank Rakyat Tawar Penangguhan Bayaran Ansuran Kepada Mangsa Banjir, Bencana Alam Di Sabah

KUALA LMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bank Rakyat menawarkan bantuan penangguhan bayaran ansuran pembiayaan sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat bencana banjir dan kejadian tanah runtuh yang berlaku di beberapa daerah di Sabah baru-baru ini.

Batik Air Lancar Penerbangan Terus Kota Kinabalu-Incheon

KOTA KINABALU, 13 Sept (Bernama) -- Batik Air telah melancarkan penerbangan terus antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul di Korea Selatan, mengukuhkan hubungan Sabah dengan pasaran pelancongan utama.

209,033 Pekebun Kecil Persendirian Di Seluruh Negara Peroleh MSPO

KOTA KINABALU, 9 Sept (Bernama) -- Sebanyak 209,033 pekebun kecil persendirian di seluruh negara melibatkan 747,012 hektar tanaman sawit memperoleh Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) sehingga 31 Ogos lepas.

Sektor Pembinaan Malaysia Dijangka Berkembang 9.6 Peratus Pada 2025 - BMI

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) - Industri pembinaan Malaysia dijangka berkembang 9.6 peratus tahun ke tahun pada 2025, dipacu oleh sektor bangunan, kata BMI, anak syarikat Fitch Solutions.

Asb, legenda Bekerjasama Ubah Pengurusan Sisa Berjadual Di Labuan

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 3 Sept (Bernama) -- Usaha sama strategik antara Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB) dan Legenda Bumimas Sdn Bhd akan mengubah pengurusan sisa berjadual di Labuan.

IPG Diaktifkan Di Sabah, Sarawak Bagi Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk getah cuplump (sekerap) dan lateks telah diaktifkan di Sabah dan Sarawak bagi Ogos 2025.

Pos Fulfill Sasar Pertumbuhan PKS, Pengembangan Di Sabah, Sarawak

SHAH ALAM, 2 Sept (Bernama) -- Pos Fulfill, perkhidmatan pemenuhan logistik serta e-dagang yang bersepadu oleh Pos Malaysia, sedang memperkukuhkan sokongannya ke atas perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya di Sabah, Sarawak, dengan memanfaatkan penyelesaian menyeluruh untuk memastikan kebolehpercayaan serta jangkauan ke seluruh negara.