4bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) menyokong FMM House Sdn Bhd dalam melancarkan Program Nota Jangka Sederhana (MTN) Hijau ASEAN bernilai RM3 bilion, satu inisiatif yang bertujuan untuk memajukan pembangunan mampan dalam infrastruktur logistik Malaysia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malaysia melihat ASEAN sebagai rantau berpotensi besar yang belum dimanfaatkan sepenuhnya dan bersedia untuk menjadi pemacu pertumbuhan dan daya tahan yang dinamik dalam keadaan ketidaktentuan global, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa angka pelaburan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) merujuk secara khusus kepada cadangan pelaburan yang telah diluluskan.
4bulan ago
KUCHING, 8 Ogos (Bernama) -- Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak (DOPPA) berkata peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM1.4 bilion untuk penanaman semula pokok sawit di bawah Rancangan Malaysia ke -13 (RMK13) adalah langkah yang tepat bagi meremajakan ladang-ladang yang sudah tua terutamanya kepada pekebun-pekebun kecil bebas di negeri ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengulangi bahawa eksport semikonduktor Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) setakat ini masih dikecualikan daripada tarif timbal balas AS.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd menyelesaikan pelan regularisasi Nota Amalan 17 (PN17) selepas menamatkan langkah pengurangan modalnya melalui pembatalan modal saham terbitan RM520 juta.
4bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disambung semula pada 1 Julai selepas digantung selama 28 bulan, dengan janji untuk meningkatkan kesambungan, memudahkan pergerakan penumpang yang lancar antara terminal serta melenyapkan gangguan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji kemungkinan memperkasakan syarat-syarat lokalisasi kepada pelabur asing bagi mewujudkan ekosistem berdaya tahan di Malaysia supaya syarikat-syarikat tempatan mendapat limpahan hasil.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengekalkan status mereka sebagai jenama terkemuka masing-masing dalam sektor minyak dan gas (O&G) dan utiliti di ASEAN, menurut Laporan Energy 100 Brand Finance.
4bulan ago
GEORGE TOWN, 2 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang terus memperkukuh status sebagai hab perniagaan dan teknologi global melalui pelancaran GBS By The Sea, pembangunan mercu tanda bernilai RM296 juta di Technoplex Bayan Lepas.
5bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini berikutan kebakaran hutan di Sumatera Utara, kata peniaga.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 30 Julai (Bernama) -- Malaysia memperoleh pelaburan digital disahkan berjumlah RM2.97 bilion daripada pemain teknologi terkemuka China yang bakal mencipta lebih 6,800 peluang pekerjaan digital bernilai tinggi di seluruh negara, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.