4bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kerajaan mengunjurkan sebanyak empat peratus perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berstatus sederhana dan kecil akan terlibat dalam pelaksanaan e-Invois selepas pematuhan mandatori bermula pada 1 Julai, 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia (SME Bank) telah memperkasakan seramai 5,735 usahawan pada separuh pertama 2025, peningkatan 158 peratus berbanding 2,225 usahawan dalam tempoh yang sama pada 2024.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyokong sasaran pertumbuhan eksport kasar negara pada kadar purata 5.8 peratus setahun, dengan matlamat mencapai RM2.09 trilion menjelang 2030.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bercadang meningkatkan peruntukan bagi Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India (I-BAP) kepada RM10 juta dalam belanjawan akan datang, susulan sambutan luar biasa yang diterima sejak dilancarkan Oktober lepas.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2026 adalah belanjawan sulung yang mendukung matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperkukuh tatakelola baik dalam pentadbiran negara.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji kemungkinan memperkasakan syarat-syarat lokalisasi kepada pelabur asing bagi mewujudkan ekosistem berdaya tahan di Malaysia supaya syarikat-syarikat tempatan mendapat limpahan hasil.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasar untuk meningkatkan bilangan firma bersaiz sederhana dalam komposisi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) daripada 1.6 peratus sekarang kepada 5.0 peratus menjelang 2030.
4bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Sumbangan daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disasar mencecah RM1 trilion menjelang 2030, kata Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp) Rizal Nainy.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Capsphere, platform pembiayaan rakan setara berasaskan aset pertama di Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan CGC Digital, anak syarikat teknologi kewangan (fintech) Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk memperkenalkan produk pembiayaan baharu bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) meraikan pencapaian pentingnya dengan penganjuran edisi ke-30 Anugerah CGC, menandakan usaha 30 tahunnya memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta ekosistem kewangan yang lebih luas.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Usaha mereformasikan industri semikonduktor tempatan dan mencergaskan industri perkhidmatan global bernilai tinggi merupakan antara tumpuan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sebagai langkah memperkukuh kerencaman ekonomi negara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan atau scam menjemput mereka membuat pendaftaran bagi inisiatif penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.