Terdapat 1256 berita berdasarkan kata kunci carian " ringgit "

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Rabu dalam persekitaran prestasi pasaran serantau yang lebih baik dan kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Data Positif Kukuhkan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ringgit mengakhiri peningkatan semalam apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan pengumuman data-data negara maju itu yang lebih positif dan menarik pelabur kembali menumpukan mata wang itu.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Pada 2025 - FMM

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada tahun ini, didorong oleh permintaan domestik yang baik, aktiviti pelaburan yang rancak serta pertumbuhan dalam eksport dan pelancongan, walaupun terdapat potensi ketidaktentuan global, menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Ringgit Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Dibuka

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun lebih tinggi berbanding mata wang utama lain ketika dibuka pada Rabu susulan permintaan meningkat terhadap dolar apabila data utama ekonomi AS dikeluarkan semalam, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Jangkaan Pengeluaran Lebih Lemah

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa susulan jangkaan pengeluaran yang lebih lemah dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan terus ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh aliran menurun pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Ringgit Melantun Semula Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) --  Ringgit melantun semula daripada penurunannya baru-baru ini untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS.

​​​Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Indeks Dolar AS Merosot

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Ekonomi AS Menunjukkan Tanda Pemulihan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit meneruskan trend penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang seterusnya hingga mendorong permintaan untuk dolar AS.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Karina Imran dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dan mata wang utama lain dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang penetapan People’s Bank of China (PBoC) hari ini, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Diunjur Dalam Jajaran Kecil Dengan Kecenderungan Penurunan Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan penurunan minggu depan berikutan kekurangan permintaan, kata pakar industri Denis Low.

 

Ringgit Dijangka Diniaga Rendah Berbanding Dolar US Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar US minggu depan, kekal dalam julat sempit minggu depan.