4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kenaikan di Wall Street selepas Nvidia Corp mengumumkan kerjasama dengan OpenAI dengan komitmen pelaburan US$100 bilion.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CBH Engineering Holding Bhd (CBHB), CBH Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM31.4 juta bagi melaksanakan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal untuk stesen pendaratan pengguna (CLS) 132 kilovolt (kV) di sebuah pusat data yang dicadangkan di Johor.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menandatangani perjanjian rangka kerja pelaburan bersama dengan Brookfield CTF Asia Holdings Pte Ltd (BF) untuk membangunkan, membina dan mengoperasi projek solar berskala utiliti dan penstoran tenaga bateri 1.5 gigawatt (GW) di Malaysia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih dari tahun ke tarikh semasa, Gamuda Bhd telah melonjak sebanyak 10 peratus memcecah paras RM1 bilion untuk tahun kewangan berakhir 1 Julai 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.
4bulan ago
NANNING (China), 16 Sept (Bernama) -- Penyedia penyelesaian kecerdasan buatan (AI) utama China, Runjian Co Ltd, memuji sokongan kerajaan Malaysia terhadap inisiatif kecerdasan buatan (AI) dan pelaburannya dalam dua pusat data kendaliannya di negara itu.
4bulan ago
PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan utiliti, Cheeding Holdings Bhd menyasarkan untuk meraih RM51.5 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO), menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 7 Okt 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia berkedudukan baik untuk menghadapi ketegangan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi yang lembap, dipacu oleh pasaran buruh yang teguh dan kestabilan kewangan isi rumah, menurut S&P Global Ratings.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Malaysia dijangka memperoleh pelaburan melebihi RM169.2 bilion dalam kecerdasan buatan (AI) dan pusat data menjelang 2030, menurut penyelidikan baharu daripada rakan penyelesaian bakat global, Robert Walters.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- THMY Holdings Bhd telah melantik Affin Hwang Investment Bank Bhd (AHIBB) sebagai penaja jamin tunggal untuk cadangan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia, yang disasarkan menjelang suku keempat tahun ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Beberapa negara anggota ASEAN termasuk Malaysia secara asasnya bersetuju untuk menimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai satu daripada sumber tenaga baharu di masa hadapan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) - Industri pembinaan Malaysia dijangka berkembang 9.6 peratus tahun ke tahun pada 2025, dipacu oleh sektor bangunan, kata BMI, anak syarikat Fitch Solutions.