1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Penganjuran Karnival Kita Peduli mySalam yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Klang, Selangor hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 5,000 pengunjung.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Tapak pelancaran ke angkasa lepas dijangkakan di Sabah akan meletakkan Malaysia sebagai negara peneraju ASEAN di rantau ini dari segi kemajuan teknologi, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd, yang terpilih melaksanakan rangkaian 5G kedua Malaysia akan mengurangkan pegangan saham majoriti asingnya kepada 20 peratus bagi memastikan penguasaan Malaysia lebih besar dan menyeru penyertaan daripada pelabur tempatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Duta Besar Sweden di Malaysia Niklas Wiberg menyifatkan peranan baharu yang disandang beliau pada masa ini adalah penting untuk memperkukuh hubungan Sweden dan Kesatuan Eropah (EU) dengan ASEAN, ketika Malaysia sedang bersiap sedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melantik Nazaiful Affendi Zainal Abidin sebagai Ketua Pegawai Strategi dan Perkhidmatan berkuat kuasa 1 Nov 2024.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka menyaksikan dagangan dalam julat kecil pada minggu depan, di tengah-tengah aktiviti menambah stok simpanan mengimbangi harga, permintaan suram serta sentimen yang tidak menentu.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka menyaksikan pengambilan untung pada minggu depan berikutan pengukuhannya selepas didorong oleh pembelian agresif daripada dana lindung nilai, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies, Jim Teh.
1tahun ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam sentimen tidak menentu minggu depan menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Minat yang dijangka berterusan dalam saham perladangan ketika kenaikan harga minyak sawit mentah dan penurunan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengimbangkan potensi turun naik berikutan pilihan raya AS, menstabilkan prestasi Bursa Malaysia minggu depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan berhati-hati minggu depan disebabkan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November ini, kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati minggu depan menjelang pilihan raya Presiden AS pada 5 Nov, 2024, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengeluarkan kenyataan berasingan mengenai kerugian sebanyak RM43.9 juta yang dialami kedua-dua syarikat itu setelah menjual pegangan dalam platform e-dagang Fashion Valet Sdn Bhd dengan harga RM3.1 juta.