Terdapat 10991 berita berdasarkan kata kunci carian "us"

Niaga Hadapan MSM Catat Paras Tertinggi Baharu Dalam Dua Tahun

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat setelah mencatat kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut, mencapai paras tertinggi baharu dalam tempoh dua tahun.

Niaga Hadapan Emas Melemah Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melemah semasa ditutup hari ini berikutan pengambilan keuntungan oleh para pelabur menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) minggu depan, kata seorang penganalisis. 

Rangkaian 5G Kedua Malaysia Dilaksana Oleh U Mobile Sdn Bhd

PUTRAJAYA, 1 Nov (Bernama) -- Rangkaian 5G Kedua Malaysia akan dilaksanakan oleh U Mobile Sdn Bhd, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MFA, KUSKOP Anjur Misi Perdagangan Ke Arab Saudi Perkenal Jenama Francais Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan mengadakan Misi Perdagangan Francais ke Riyadh, Arab Saudi.

Hans Wijayasuria Letak Jawatan, Bakal Jadi Ketua Penasihat Kepada Presiden Sri Lanka

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Telekomunikasi dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Axiata Group Bhd Dr Hans Wijayasuriya akan melepaskan jawatannya di syarikat itu pada 15 Jan, 2025 setelah menerima jemputan untuk menjadi ketua penasihat kepada Presiden Sri Lanka.

Unit Bumi Armada Dapat Kontrak RM282.5 Juta Di Laut Utara

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bumi Armada Bhd, Bumi Armada UK Ltd telah memperoleh kontrak bernilai £50 juta (RM282.5 juta) daripada EnQuest Heather Ltd.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Jumaat.

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) --  Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Lepasi Paras 1,600

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kenaikan dalam saham perladangan, SD Guthrie, didorong oleh lonjakan harga minyak sawit mentah (MSM) ke paras tertinggi bagi tempoh 28 bulan hari ini, menaikkan indeks barometer Bursa Malaysia untuk melepasi paras psikologi 1,600 pada Jumaat.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi sentimen yang lemah dari pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Malaysia, Ukraine Bincang Sektor-sektor Utama Dalam Mesyuarat Pertama JTC

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Ukraine membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala apabila membincangkan sektor-sektor utama seperti pertanian, aeroangkasa, minyak sawit mampan, peranti perubatan dan pelancongan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) Malaysia-Ukraine hari ini.