1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd percaya dengan menaikkan ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) kepada sekitar RM4,500 setan akan memberi manfaat kepada sektor perladangan menjelang Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit merupakan antara mata wang yang sedang menunjukkan prestasi terbaik pada peringkat global, mengukuh kepada 14.4 peratus berbanding dolar AS pada suku ketiga 2024 dan 11.4 peratus pada asas sejak awal tahun sehingga kini, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Crest Group Bhd yang membuat kemunculan di Pasaran ACE, menggesa kerajaan supaya mengutamakan pembangunan bakat dan menarik pelaburan asing bagi meningkatkan pertumbuhan industri semikonduktor dalam Belanjawan 2025 akan datang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
1tahun ago
KUCHING, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan kerjasama Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Sarawak, akan mengadakan Program Pemindahan Teknologi Kelapa Sawit Sarawak (TOT Sarawak 2024) di sini pada 14 Oktober ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Jualan Singkat Harian (IDSS) saham Pertama Digital Bhd digantung sekali lagi bagi tempoh dagangan hari ini selepas harga terakhir bagi sekuriti yang diluluskan itu merosot lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt 0(Bernama) -- Agihan pendapatan akhir bagi dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Sept, 2024 sekali gus menjadikan jumlah agihan sebanyak lima sen bagi tahun 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjelang minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS dan data inflasi utama yang akan dikeluarkan minggu ini, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berharap kerajaan akan membantu penanam mempercepatkan aktiviti penanaman semula bagi memulihkan pokok kelapa sawit yang tidak produktif dan tua dalam Belanjawan 2025, untuk meningkatkan produktiviti sektor tersebut.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila pelabur mengalihkan tumpuan kepada tahap dan kecepatan pengurangan kadar faedah AS akan datang, selepas yakin pelonggaran monetari akan berterusan, kata pakar ekonomi.
1tahun ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
VIENTIANE, 8 Okt (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ASEAN seharusnya mendapat manfaat daripada jangkaan nilai ekonomi berjumlah US$2 trilion dijana daripada Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) menjelang 2030.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Saham Public Bank Bhd dan LPI Capital Bhd akan digantung mulai 9 pagi esok menjelang pengumuman penting, kata pemfailan berasingan daripada kedua-dua syarikat itu kepada Bursa Malaysia pada petang Selasa.