Terdapat 1125 berita berdasarkan kata kunci carian " mampan "

HLB Lancar Rangka Kerja Kewangan Lestari, Kumpul RM20 Bilion Untuk Sokong Projek Hijau

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) melancarkan Rangka Kerja Kewangan Lestari (SFF) pertamanya yang bertujuan mengumpulkan RM20 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menyokong projek hijau.

Kuala Lumpur Bandar Raya Global 'beraspirasi' -- Kumpulan Perundingan Global Arup

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kuala Lumpur dikenal pasti sebagai bandar raya global yang "beraspirasi" oleh City Competitiveness Redefined Tracker berdasarkan penilaiannya terhadap daya tarikan pelabur, aset dan infrastruktur, kebolehdiaman serta pengurusan dan tadbir urus bandar, kata kumpulan perundingan mampan global Arup.

IOI Properties Majukan Rio City Bernilai RM12 Bilion Dalam Tempoh 12 Tahun

PUCHONG, 29 Okt (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah melancarkan pelan induk IOI Rio City, pembangunan bersepadu seluas 40.46 hektar (100 ekar) bernilai RM12 bilion dalam tempoh 12 tahun. 

SEGIM Langkah Proaktif Malaysia Wujud Ekosistem Ekonomi Gig Lebih Mampan

PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) -- Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia (SEGiM) menjadi bukti jelas tindakan Malaysia dalam mengambil langkah proaktif bagi membentuk ekosistem ekonomi gig yang lebih mampan dan inklusif. 

Strategi-5i, Sri Wujudkan Asas Kukuh Bagi Kewangan Mampan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Inisiatif seperti Strategi-5i dan rangka kerja Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) mewujudkan asas yang kukuh bagi kewangan mampan, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

AS Minat Jalin Perkongsian Perubahan Iklim Dengan Malaysia, Tumpu Bahan Api Penerbangan Mampan

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) berminat untuk meneroka perkongsian perubahan iklim dengan Malaysia, menumpukan kepada bahan api penerbangan mampan (SAF).

Untung Bersih Suku Kedua MNRB Naik Kepada RM92.74 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan kenaikan dalam keuntungan bersihnya kepada RM92.74 juta pada suku kedua (S2) berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM41.57 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pinjaman Berkaitan Kemampanan CapitaLand Malaysia Trust Berjumlah RM752 Juta Setakat Ini

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Amanah pelaburan hartanah (REIT), CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) setakat ini meraih pinjaman berkaitan kemampanan berjumlah RM752 juta.

Larian Amal Bursa Bull Charge Sasar Kumpul RM1 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Larian amal korporat utama Bursa Malaysia - Bursa Bull Charge (BBC2024) kembali untuk edisi kelapan, menghimpunkan peserta dari sektor korporat dan pasaran modal bagi mengumpul dana kira-kira RM1 juta.

CIDB Gesa Sektor Pembinaan Fokus Kepada Kaedah Lestari

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Sektor pembinaan telah digesa untuk memberi tumpuan kepada kaedah mampan, reka bentuk cekap tenaga dan penggunaan bahan hijau untuk memastikan industri berkembang maju dari segi ekonomi dan menyumbang secara positif kepada alam sekitar serta masyarakat.

Pasaran Kurier Malaysia Dijangka Cecah US$1.58 Bilion Pada 2025 - Teo

KUALA LANGAT, 23 Okt (Bernama) -- Pasaran kurier, ekspres dan bungkusan Malaysia dijangka mencecah US$1.58 bilion (US$1=RM4.32) tahun depan, didorong oleh peningkatan permintaan e-dagang dan penambahbaikan infrastruktur, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.