BERITA TERKINI   Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ucap tahniah kepada Ashwad Ismail yang dilantik Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu | NCER catat pelaburan direalisasi sebanyak RM78.95 bilion, wujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan pada 2025 - PM Anwar | RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 untuk asingkan peranan Peguam Negara-Pendakwa Raya dibentang di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama. | RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk hadkan tempoh jawatan PM dibentang di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama | 

Terdapat 1124 berita berdasarkan kata kunci carian " oktober"

Saham Public Bank, LPI Capital Digantung Pada Rabu Menjelang Pengumuman Penting

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Saham Public Bank Bhd dan LPI Capital Bhd akan digantung mulai 9 pagi esok menjelang pengumuman penting, kata pemfailan berasingan daripada kedua-dua syarikat itu kepada Bursa Malaysia pada petang Selasa.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) --  Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kesan penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, mencerminkan kelemahan pasaran emas global menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada Rabu.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dipengaruhi oleh momentum penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan penanda aras harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Malaysia Sedia Bekerjasama Dengan UNESCAP Promosi Pelaburan - Tengku Zafrul

Daripada Rosmalis Anuar

VIENTIANE, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.

Sidec Raih Anugerah Peluang/keterangkuman Digital WITSA Global 2024

SHAH ALAM, 8 Okt (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) memenangi Anugerah Kecemerlangan Perikatan Perkhidmatan Inovasi dan Teknologi Global (WITSA) 2024 bagi Peluang/Keterangkuman Digital (Sektor Awam).

Bank Dunia Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Kepada 4.9 Peratus Bagi 2024

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus pada 2024, daripada 4.3 peratus yang ditetapkan pada April lalu.

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan kebanyakannya meningkat dalam dagangan awal hari ini.

ASEAN Perlu Kekal Sebagai Blok Berkecuali Bagi Rangsang Pelaburan Serantau - Tengku Zafrul

VIENTIANE, 8 Okt (Bernama) -- ASEAN perlu kekal sebagai sebuah blok berkecuali bagi menghadapi impak ketegangan geopolitik global dalam usaha merangsang pelaburan asing di rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Ketika Ketegangan Di Timur Tengah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, didorong kekukuhan dalam pasaran minyak mentah dalam keadaan ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjejaki pasaran tunai pendasar.