4bulan ago
TANJONG MALIM, 22 Ogos (Bernama) -- Tanjong Malim terus berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai hab automatif unggul apabila konglomerat multinasional BYD akan membuka kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di bandar itu dengan pengeluaran dijangka bermula pada 2026.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Malaysia meraih pelaburan diluluskan sebanyak RM190.3 bilion pada separuh pertama 2025, peningkatan 18.7 peratus tahun ke tahun, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pengurus dana global, Macquarie Asset Management menunjukkan minat untuk melabur dalam pelbagai sektor di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 15 Ogos (Bernama) -- Dalam ekonomi global berdepan ketidaktentuan, prestasi Malaysia pada separuh pertama 2025 membuktikan dasar-dasar di bawah Kerangka Ekonomi MADANI menjana hasil untuk negara dan rakyat khususnya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) telah menerbitkan Siri Kedua Sukuk Wakalah-Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN), Sukuk Wakalah Kelestarian-IMTN pertamanya bernilai RM200 juta dalam nilai nominal di bawah program IMTN tersebut.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan kenaikan hari ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus dalam suku kedua 2025 (S2 2025), bersamaan 4.4 peratus pertumbuhan pada separuh pertama 2025, kata seorang penganalisis.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Jumaat apabila peniaga menggunakan pendekatan tunggu dan lihat dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 lewat hari ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kemasukan pelaburan tambahan ke Malaysia disokong oleh keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susut daripada kenaikan selama tujuh hari berturut-turut berikutan aktiviti pengambilan untung yang sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.
5bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit yang mencecah paras 4.18 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) merupakan tahap tertinggi dalam tempoh lebih enam minggu, dirangsang oleh jangkaan yang tinggi terhadap kitaran penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS dan prospek makroekonomi Malaysia yang kukuh.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Malaysia berjaya menarik pelaburan diluluskan berjumlah RM3.29 bilion bagi sektor kecerdasan buatan (AI) di bawah inisiatif Malaysia Digital bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini yang berpotensi mewujudkan kira-kira 6,920 peluang pekerjaan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Panduan yang jelas serta tepat pada masanya adalah penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur selain mencegah gangguan dalam rantaian pembekalan yang diintegrasikan dengan pasaran Amerika Syarikat (AS) dan global, menurut Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM).