Terdapat 425 berita berdasarkan kata kunci carian " tahun kewangan"

ASM 2 Wawasan Isytihar Agihan Pendapatan Berjumlah RM1.18 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM1.18 bilion untuk Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan).

Sunway Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Kepada RM272.95 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Sunway Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sedikit iaitu sebanyak RM272.95 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM270.47 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sime Darby Motors Sasar Kerugian Berakhir Pada TK2026

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Sime Darby Motors Sdn Bhd menjangkakan kerugian dialaminya akan berakhir pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026 (TK2026), didorong oleh langkah-angkah konsolidasi atau penyusunan semula cawangan di China.

Untung Bersih Hong Leong Financial Group Bagi Tahun Kewangan 2025 Naik Kepada RM3.25 Bilion

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Financial Group Bhd (HLFG) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 meningkat kepada RM3.25 bilion daripada RM3.19 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, dipacu oleh prestasi yang lebih baik dalam perbankan komersial dan insurans.

Keuntungan Bersih Alliance Bank Melonjak 12.5 Peratus Kepada RM198.69 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak sebanyak 12.5 peratus kepada RM198.69 juta pada suku pertama yang berakhir 30 Jun 2025 berbanding RM176.65 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelum ini.

Maybank Terus Mencari Peluang Pertumbuhan Walaupun Suasana Mencabar  - Presiden/GCEO

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Di sebalik persekitaran pasaran yang kurang memberangsangkan, Malayan Banking Bhd (Maybank) terus berusaha untuk mencari peluang pertumbuhan di seluruh segmen, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Datuk Seri Khairussaleh Ramli.

Untung Bersih TH Plantations Meningkat Kepada RM11.79 Juta Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih TH Plantations Bhd (THP) meningkat kepada RM11.79 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM10.41 juta pada tempoh sama tahun kewangan 2024.

Untung Bersih Takaful Malaysia Susut Kepada RM83.82 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mengecil kepada RM83.82 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM93.10 juta pada suku kedua 2024.

Untung Bersih Gas Malaysia Bagi Suku Kedua Susut Kepada RM99.12 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 merosot kepada RM99.12 juta daripada RM110.05 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya. 

Keuntungan Bersih YTL Corp Turun Kepada RM1.88 Bilion Untuk Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- YTL Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM1.88 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM2.14 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Untung Bersih Suku Kedua Bintulu Port Susut Kepada RM34.73 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Bintulu Port Holdings Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 menyusut kepada RM34.73 juta daripada RM39.84 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Dialog Group Turun Kepada RM303.83 Juta Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 merosot kepada RM303.83 juta berbanding RM575.03 juta dicatatkan pada tahun kewangan 2024.