Terdapat 1230 berita berdasarkan kata kunci carian " tertinggi"

Johor Bentang Belanjawan 2025 Dengan Lebihan RM5.12 Juta

ISKANDAR PUTERI, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM5.12 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.

Industri Pembuatan Capai Kadar Kapasiti Penggunaan 82.4 Peratus Pada Suku Ketiga 2024

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Industri pembuatan mencapai kadar kapasiti penggunaan 82.4 peratus pada suku ketiga 2024 (S3 2024), meningkat 3.0 mata peratusan berbanding suku yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Rekod FDI Malaysia Perkukuh Kedudukannya Sebagai Peserta Ekonomi Utama Di ASEAN - Forbes

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Rekod pencapaian Malaysia dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI) menunjukkan negara ini semakin terkemuka sebagai peserta ekonomi utama dalam rantau ASEAN.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati berikutan perkembangan ekonomi global semasa, kata seorang penganalisis.

Malaysia Catat Prestasi Terbaik Pasaran Ekuiti Asia Tenggara Pada 2024 - Deloitte

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.

CelcomDigi Catat Untung Bersih Rendah Sedikit Kepada RM436.98 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sedikit kepada RM436.98 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 (S3 2024) berbanding RM455.72 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Institusi Tempatan Jadi Pembeli Bersih Minggu Keempat Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Institusi tempatan terus menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM207.7 juta minggu lepas manakala pelabur asing meneruskan aliran keluar daripada pasaran Asia.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Berada Di Bawah Paras 1,600

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan hari ini dengan indeks utama ditutup pada paras terendah intra hari berikutan ketiadaan pemangkin belian di tengah-tengah kelemahan pasaran serantau ekoran ketidaktentuan ekonomi global dan kebimbangan geopolitik. 

Yayasan Bank Rakyat Terima Anugerah ACES 2024 Atas Sumbangan Tingkat Sosioekonomi Rakyat

BANGKOK, 15 Nov (Bernama) -- Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerima anugerah “Inisiatif Komuniti” pada Majlis Anugerah Asia Corporate Excellence & Sustainability (ACES) 2024 sebagai pengiktirafan atas sumbangannya meningkatkan sosioekonomi rakyat Malaysia.

Johor Port Terima Pengiktirafan Pada Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia 2024

JOHOR BAHRU, 15 Nov (Bernama) -- Johor Port Bhd (Johor Port), ahli Kumpulan MMC dianugerahkan penghormatan tertinggi pada Majlis Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia 2024 yang berlangsung di Singapura pada 6 Nov lepas.

Keuntungan Bersih Keyfield Naik Kepada RM81.1 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Keyfield International Bhd mencatatkan keuntungan bersih tertinggi sebanyak RM81.12 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024 berbanding RM45.78 juta pada suku sama tahun lepas.

PM Anwar Gesa Kerjasama Lebih Kukuh Dengan Selatan Global, Manfaatkan Potensi

LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan kepentingan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Selatan Global yang mempunyai potensi serta peluang baharu yang boleh dimanfaatkan.