Terdapat 1566 berita berdasarkan kata kunci carian "projek"

Ringgit Dalam Hala Tuju Tepat Meskipun Berdepan Perang Perdagangan AS - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Pertumbuhan KDNK Malaysia Dijangka Kekal Kukuh 4.9 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

Pelabuhan Klang Sasar Kendali 15 Juta TEU Kontena Pada 2025 - Loke

KLANG, 17 Feb (Bernama) -- Pelabuhan Klang menyasarkan pengendalian 15 juta unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU) pada 2025 yang mewakili peningkatan sebanyak 2.3 peratus berbanding pada 2024.

Kinergy Advancement, PKNPK Bekerjasama Bangunkan 29 Projek TBB Di Perak

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd (KAB) melalui anak syarikat milik penuhnya, KAB Energy Holdings Sdn Bhd (KABEH) menjalin kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).

Kerajaan Sentiasa Tambah Baik Pelaksanaan Projek - Lim

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kerajaan sentiasa menilai dan menambah baik pelaksanaan projek kerajaan termasuk projek kerjasama awam-swasta (PPP) bagi memastikan ia kekal sebagai instrumen pembiayaan yang berdaya maju tanpa memberi tekanan kepada kedudukan fiskal negara dalam jangka panjang.

Pertumbuhan Kukuh KDNK Bukti Keberkesanan Dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Koridor Ekonomi Penting Untuk Capai Sasaran Perdagangan Dua Hala US$30 Bilion - PM Thai Paetongtarn

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Thailand dan Malaysia sedang mempercepat usaha untuk memanfaatkan potensi perdagangan dan pelaburan rentas sempadan dengan sasaran mewujudkan koridor ekonomi yang berkembang maju di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

LPI Capital Raih Pendapatan, Perolehan Lebih Baik Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih LPI Capital Bhd meningkat kepada RM377.09 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM313.73 juta pada tahun sebelumnya, terutamanya berikutan keuntungan yang lebih tinggi daripada segmen insurans am.

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.1 Peratus Pada 2024, Sejajar Dengan Sasaran Kerajaan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 daripada 3.6 peratus pada 2023, sejajar dengan sasaran kerajaan antara 4.8 peratus hingga 5.3 peratus tahun ke tahun.

JS-SEZ: Kementerian Ekonomi Garis Tiga Perancangan Jangka Panjang Elak Kesesakan Lalu Lintas

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) — Kerajaan menggariskan tiga perancangan jangka panjang bagi mengekang kesesakan lalu lintas yang berpotensi berlaku disebabkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Kementerian Ekonomi.

Dialog Catat Rugi Bersih RM129.49 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Dialog Group Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM129.49 juta pada suku kedua yang berakhir 31 Dis, 2024, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM148.288 juta dalam tempoh yang sama 2023.

Mazda Labur 5.0 Bilion Baht Bina Hab Pembuatan SUV Elektrik Di Thailand

BANGKOK, 13 Feb (Bernama) -- Mazda Motor Corporation akan melabur sebanyak 5.0 bilion baht (100 baht = RM13.18) untuk mewujudkan hab pembuatan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik di Thailand.