12jam ago
JOHOR BAHRU, 12 April (Bernama) -- Kerjasama kukuh pelbagai pihak berkepentingan bertunjangkan pendekatan ekosistem holistik, dijangka mempercepat transformasi ekonomi Johor, khususnya menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
1hari ago
PUTRAJAYA, 11 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-13 (AFMGM) menyambut baik cadangan Bank Pembangunan Asia (ADB) mengenai kemudahan bernilai US$30 bilion (RM141 bilion) bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk menyokong pelaksanaan Pelan Sektor Kewangan dan Visi Komuniti ASEAN 2045.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) – Malaysia dan Turkiye disaran bertindak mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan dengan melangkaui aspek perolehan dan mewujudkan kerjasama strategik selain membangunkan industri pertahanan serta aeroangkasa tempatan secara bersama.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka melepasi paras psikologi 1,700 pada minggu depan, didorong oleh sentimen lebih kukuh selain harga minyak lebih stabil, kata penganalisis.
1hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Pasaran getah dijangka didagangkan dalam jajaran kecil pada minggu hadapan, menjejaki niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah kebimbangan bekalan yang berterusan, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) selain ASEAN pada hari urus niaga terakhir minggu ini, dipacu oleh minat belian berterusan di tengah-tengah sentimen optimis namun berhati-hati susulan perkembangan di Asia Barat.
2hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini, dengan momentum belian tertumpu terutamanya pada saham teknologi, hartanah dan pembinaan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- AirAsia X Bhd mengumumkan sijil perakuan pengendali udara (AOC) gabungannya membawa kira-kira 18.9 juta penumpang pada suku pertama 2026, meningkat sebanyak sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya dipacu oleh lonjakan permintaan domestik.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.6 peratus pada 2026 dan 4.5 peratus pada 2027.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh minat belian dalam saham perbankan diterajui oleh Public Bank dan CIMB.
3hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis susulan bursa serantau mencatat prestasi lemah.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk 2026 kepada 4.4 peratus daripada 4.1 peratus berdasarkan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Ketua Ahli Ekonominya bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.