Terdapat 2917 berita berdasarkan kata kunci carian " ar"

Bursa Malaysia Ditutup Kebanyakannya Tinggi, Dipacu Saham Teknologi, Hartanah & Pembinaan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini, dengan momentum belian tertumpu terutamanya pada saham teknologi, hartanah dan pembinaan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street semalaman yang positif menjelang rundingan gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Pakistan hujung minggu ini.

Malaysia Airlines Terima Pesawat Boeing 737-8 Baharu, Penghantaran Pertama Bagi 2026

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (MAB) telah menerima sebuah Boeing 737-8 iaitu pesawat ke-15 jenis itu serta penghantaran pertama bagi tahun ini yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Khamis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pelabur Nilai Semula Situasi Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis susulan bursa serantau mencatat prestasi lemah.

Harga Minyak Meningkat Ketika pasaran Memantau Gencatan Senjata AS-Iran, Isu Selat Hormuz

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Harga minyak meningkat menghampiri US$100 setong dalam persekitaran ketidaktentuan yang berlarutan mengenai gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)- Iran selama dua minggu dan penutupan semula Selat Hormuz oleh Iran susulan serangan Israel ke atas Lubnan.

AstroBiz Lancar Ganjaran BizOne Serba Baharu Dengan Sokongan Pemasaran Terjamin RM17.5 Juta

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) mengumumkan pelanjutan kempen ganjarannya dengan pelancaran Kempen Ganjaran Astro BizOne serba baharu di bawah Astro BizOne, iaitu satu pakej ringkas untuk kedai makanan dan minuman (F&B). 

BUDI95 Langkah Tepat Bagi pembaharuan Subsidi Bahan Api Bersasar Malaysia - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pembaharuan subsidi bahan api bersasar Malaysia mengikut inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah langkah yang tepat dalam situasi konflik Asia Barat apabila kerajaan berusaha mengurus tekanan fiskal dengan lebih baik.

Krisis Asia Barat: Pengeksport Malaysia Digesa Amalkan Pendekatan Proaktif, Adaptif

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pengeksport Malaysia perlu mengambil pendekatan proaktif dan adaptif untuk mendepani landskap perniagaan yang berubah disebabkan krisis Asia Barat, menurut penceramah dalam webinar anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, seiring dengan pasaran serantau, didorong sentimen yang bertambah baik susulan perjanjian gencatan selama dua minggu antara Amerika Syarikat dan Iran.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu di sebalik sentimen berhati-hati, seiring kebanyakan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menangguhkan serangan yang dirancang ke atas infrastruktur Iran selama dua minggu.

Krisis Asia Barat Meruncing Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah bagi hari keempat berturut-turut susulan pendirian pelabur yang lebih bertahan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat yang meruncing.

Pasaran Getah Terus Catat Kenaikan Pada Penutup Dagangan

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan momentum kenaikannya untuk ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh peningkatan niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang tinggi dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.