1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd mencatatkan untung bersih yang lebih tinggi kepada RM1.03 bilion pada suku ketiga berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM946.70 juta pada suku ketiga 2025.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Peniaga menjangka prospek perniagaan yang lebih sederhana pada suku kedua 2026 dengan petunjuk keyakinan yang mereda kepada -1.8 peratus daripada 4.0 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia dengan rakan dagang utamanya mencapai rekod tertinggi sebanyak RM1.127 trilion dari Januari hingga April 2026, melepasi paras RM1 trilion dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
2hari ago
Oleh Nur Faradilla Mohamad
MERSING, 26 Mei (Bernama) -- Pengusaha tanaman pisang dan nanas MD2 seluas 8.09 hektar di Jalan Pak Wan di sini berhasrat mengembangkan perusahaan yang dijalankan sejak 2021 sebagai hab agropelancongan.
2hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Selasa, dalam rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang berpotensi menamatkan konflik dan membawa kepada pembukaan semula Selat Hormuz.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- IHH Healthcare Bhd memanfaatkan kecerdasan buatan (AI), kecekapan operasi dan pengembangan penjagaan ambulatori bagi mengurus peningkatan inflasi perubatan tanpa memindahkan sebahagian besar kos kepada pesakit.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Anak syarikat Censof Holdings Bhd, Century Software (Malaysia) Sdn Bhd telah menerima dua surat penerimaan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk kontrak dengan nilai gabungan RM19.9 juta.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM227.35 juta pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM213.04 juta pada suku pertama 2025.
2hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Isnin susulan pelabur bersikap berhati-hati dengan aktiviti pengambilan untung dicatatkan dalam saham wajaran tinggi terpilih, dalam persekitaran peningkatan hasil bon global dan menjelang pengumuman data inflasi AS.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd menampilkan 23 syarikat pemula niaga berimpak tinggi di Pameran Penyelesaian Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) Kohort 21, sekali gus mengukuhkan peranan program itu dalam mempercepatkan fasa pengesahan kepada fasa pengkomersialan syarikat pemula niaga.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sime Darby Bhd untuk suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2026 melonjak kepada RM654.00 juta berbanding RM193.00 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Gamuda Bhd menerusi unitnya, Gamuda Renewable Pty Ltd (Gamuda Renewables), terpilih di bawah Skim Pelaburan Kapasiti Australia menerusi dua projeknya di Tasmania.