Terdapat 297 berita berdasarkan kata kunci carian " jumlah dagangan"

Dana Asing Catat Aliran Masuk Bersih RM470.3 Juta

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan pembelian bersih mereka kepada tiga minggu berturut-turut, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM470.3 juta, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Bursa Malaysia Dijangka Meningkat Minggu Depan Susulan Sentimen Kukuh -- Penganalisis

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka melepasi paras psikologi 1,700 pada minggu depan, didorong oleh sentimen lebih kukuh selain harga minyak lebih stabil, kata penganalisis.

Kenanga IB Jangka Momentum Dagangan Bursa Malaysia Kekal Positif Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangka momentum dagangan di Bursa Malaysia Bhd kekal positif dalam tempoh terdekat sebelum beralih kepada sektor berasaskan pemulihan secara berperingkat berikutan purata nilai dagangan harian (ADV) yang lebih kukuh pada suku pertama 2026.

Krisis Asia Barat Meruncing Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah bagi hari keempat berturut-turut susulan pendirian pelabur yang lebih bertahan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat yang meruncing.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Meningkat

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir dagangan Isnin, menjejaki kenaikan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Malaysia Catat Jualan Lebih RM200 Juta Pada Pameran Makanan Dan Minuman China

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia memperoleh jualan lebih RM200 juta pada Pameran Makanan dan Minuman China (CFDF) ke-114 bulan lepas hasil penyertaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama Messe Worldwide Sdn Bhd.

Asas Domestik Kukuh, Langkah Pembaharuan Sokong Ringgit Pada 2026 - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal positif pada 2026 didorong oleh asas domestik yang kukuh dan langkah-langkah pembaharuan yang berterusan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Lonjakan Harga Minyak, Krisis Asia Barat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi sebahagian besar pasaran serantau ketika pelabur mengatur semula pendedahan risiko masing-masing di tengah-tengah lonjakan harga minyak susulan krisis Asia Barat yang kini masuk bulan kedua.

Harga Minyak Susut, Bursa Malaysia Ditutup Meningkat Seiring Pasaran Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan meningkat ketika mengakhiri dagangan Rabu, menjejaki prestasi pasaran serantau selepas penyusutan ketara harga minyak mendorong sentimen positif pasaran secara menyeluruh.

Keuntungan Bersih Top Glove Melonjak Kepada RM30.76 Juta, Pendapatan Naik 14 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Top Glove Corporation Bhd melonjak kepada RM30.76 juta pada suku kedua berakhir 28 Feb 2026 berbanding RM30.28 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Melantun Pada Akhir Dagangan, Cecah Semula Paras 1,700

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula ketika mengakhiri dagangan Selasa dengan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras psikologi 1,700, didorong oleh pemulihan sentimen global.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, sejajar dengan pasaran serantau, selepas harga Brent crude melonjak melebihi US$115 setong seiring ketegangan berterusan antara AS, Israel dan Iran.