Terdapat 446 berita berdasarkan kata kunci carian " lonjakan"

Ekonomi Asia Pasifik Naik 3.3 Peratus Pada 2025, Momentum Dijangka Perlahan Pada 2026

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama)  -- Pertumbuhan ekonomi rantau Asia Pasifik meningkat 3.3 peratus pada 2025, mengatasi unjuran awal sebanyak 3.2 peratus, menurut Unit Sokongan Dasar (PSU) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Didorong Sentimen Risiko Global Lemah

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu apabila sentimen risiko global yang lemah menjejaskan keyakinan pelabur, kata seorang ahli ekonomi.

TIV Industri Automotif Melonjak 14 Peratus Kepada 72,113 Unit Dalam April

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Industri automotif Malaysia merekodkan lonjakan 14 peratus dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 72,113 kenderaan pada April 2026 berbanding bulan sebelumnya.

Subsidi Bahan Api Malaysia 'Talian Hayat' Pemandu E-panggilan, Akses Pengguna

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api Malaysia terbukti terus membantu pemandu perkhidmatan e-panggilan mengurus kenaikan kos operasi, sekali gus membolehkan ramai terus bertahan walaupun diasak tekanan lonjakan harga minyak global, menurut satu platform mobiliti.

AirAsia X Catat Kerugian Bersih RM154.88 Juta Suku Pertama Susulan Susut Nilai Mata Wang

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- AirAsia X Bhd merekodkan kerugian bersih sebanyak RM154.88 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 berikutan kerugian pertukaran asing bersih sebanyak RM232.2 juta susulan susut nilai mata wang tempatan termasuk baht Thailand, rupiah Indonesia dan peso Filipina berbanding dolar AS sepanjang tempoh berkenaan.

Situasi Geopolitik Global Lebih Jejaskan Bekalan Berbanding Harga -- Ameer Ali Mydin

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Ketegangan geopolitik global lebih memberi risiko besar terhadap rantaian bekalan produk berbanding kenaikan harga, kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) Datuk Dr Ameer Ali Mydin. 

Hartanah Kekal Sebagai Lindung Nilai Di Tengah-tengah Tekanan Harga Tenaga -- RHB IB

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) --  Hartanah kekal sebagai lindung nilai yang baik terhadap peningkatan tekanan inflasi berikutan lonjakan harga tenaga yang berpunca daripada konflik Asia Barat, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Teknologi Kembar Digital, Pembuatan Pintar Elemen Penting Perkukuh Ekosistem Perindustrian Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Teknologi kembar digital dan pembuatan pintar menjadi elemen yang semakin penting dalam memperkukuh ekosistem perindustrian Malaysia, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Pavilion REIT Catat Keuntungan Bersih Lebih Tinggi Sebanyak RM105.8 Juta

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM105.8 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2026 daripada RM90.4 juta yang disaksikan dalam suku yang sama tahun lepas.

Yayasan Sabah Lakar Sejarah, Catat Untung Sebelum Cukai RM683 Juta Bagi 2025

KOTA KINABALU, 6 Mei (Bernama) -- Kumpulan Yayasan Sabah melakar pencapaian bersejarah bagi 2025 apabila merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM683 juta, meningkat 17 peratus daripada RM586 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Minat Belian Ketara Saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Ditutup Raih 7.66 Mata

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan mengatasi penyusutan awal apabila ditutup tinggi dalam dagangan Selasa, didorong oleh momentum belian pada lewat tengah hari ini.

Marriott International, Maritime Waterfront Suites Bekerjasama Perkasa Industri Hospitaliti

KEPALA BATAS, 5 Mei (Bernama ) -- Marriott International menjalin kerjasama dengan Maritime Waterfront Suites Sdn Bhd bagi menukar nama tempat peranginan Bertam Resort kepada The Bertam yang akan membuka lembaran baharu sektor hospitaliti di Seberang Perai, Pulau Pinang.