Terdapat 74 berita berdasarkan kata kunci carian " pemaju hartanah"

Bursa Malaysia Lanjutkan Penggantungan Jualan Singkat Saham Tanco

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung jualan singkat harian (IDSS) Tanco Holdings Bhd untuk baki sesi dagangan hari ini, hari kedua berturut-turut sekatan dikenakan selepas saham itu melanggar had harganya.

Bursa Malaysia Keluar Pertanyaan UMA Kepada Tanco Selepas Harga Saham Jatuh

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Tanco Holdings Bhd telah menerima pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia Securities Bhd berikutan kejatuhan mendadak dalam harga sahamnya pada Isnin.

OSK Property Lancar Pembangunan Berhadapan Pantai Bernilai RM690 Juta Di Kuantan

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- OSK Property Holdings Bhd melancarkan OSK Ombak, iaitu pembangunan berhadapan pantai pegangan bebas bernilai RM690 juta di Balok Beach, Kuantan, merangkumi 1,274 unit kediaman lengkap dengan perabot, yang disasarkan siap pada 2030.

Keuntungan Bersih IOI Properties Meningkat Kepada RM258.11 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Properties Group Bhd melonjak 3.39 kali tahun ke tahun kepada RM258.11 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 31 Mac, 2026, bagi tahun kewangan semasa (suku ketiga tahun kewangan 2026) daripada RM76.13 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Gold Li Rancang Projek Kediaman Bertingkat Tinggi Pertama Di Muar Menjelang 2027

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Gold Li Holdings Bhd, syarikat pemaju hartanah yang berpangkalan di Johor, merancang untuk melancarkan projek kediaman bertingkat tinggi pertamanya pada 2027 sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan melangkaui segmen kediaman bertanah tradisionalnya.

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada MKH Berhubung Kenaikan Harga Sahamnya

KUALA LUMPUR, 15 Mei  (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada MKH Bhd berhubung kenaikan harga dan jumlah dagangan saham syarikat itu baru-baru ini.

Cadangan Klausa OTP Beri Perlindungan Kepada Pembeli Rumah, Pemaju- Rehda

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Klausa “Pilihan untuk Membeli” (OTP) yang dicadangkan di bawah undang-undang perumahan baharu boleh memberikan perlindungan yang lebih baik kepada bakal pembeli rumah, menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Glomac Lancar Projek 16 Legacy Dengan GDV Bernilai RM21 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Glomac melancarkan 16 Legacy, koleksi eksklusif 16 unit rumah separa berkembar dua tingkat di Saujana Rawang dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM21 juta.

LBS Raih Empat Anugerah Berprestij Di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pemaju hartanah LBS Bina Group Berhad (LBS) meraih empat anugerah berprestij di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026 yang meraikan pemaju hartanah dengan sumbangan signifikan terhadap pembangunan sektor itu di Malaysia.

Unit Avaland Beli Tanah Di Taman U-Thant Pada Harga RM86 Juta

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Avaland Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Nexus Advertising Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Tong Ah Company Sdn Bhd untuk mengambil alih tanah pegangan bebas di Taman U-Thant di sini pada harga RM86.04 juta.

Wah Seng Distribution Centre Gudang Pertama Raih Penarafan GreenRE Platinum

IPOH, 26 Mac (Bernama) -- Wah Seng (1986) Distribution Centre yang terletak di Taman Maju Rapat di sini merupakan gudang pertama di negara ini menerima perakuan penarafan GreenRE Platinum.

Konflik Geopolitik Dijangka Beri Kesan Sederhana Sektor Hartanah Malaysia - Rehda

PETALING JAYA, 13 Mac (Bernama) -- Konflik geopolitik global dijangka memberi kesan sederhana terhadap sektor pembangunan hartanah dan pembinaan Malaysia pada 2026, menurut tinjauan awal Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).