Terdapat 129 berita berdasarkan kata kunci carian " perbelanjaan modal"

Unit Crescendo Jual Tanah Perindustrian Di Johor Bernilai RM346.5 Juta

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Anak syarikat Crescendo Corporation Bhd (CCB), Crescendo Development Sdn Bhd, menjual tanah perindustrian pegangan bebas kosong seluas 20.12 hektar di Kota Tinggi, Johor kepada Digital Edge Data Centers (Malaysia) Sdn Bhd pada harga RM346.53 juta.

Kenanga IB Optimis Terhadap Sektor Pembinaan Berikutan Permintaan Tinggi Pusat Data

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) kekal optimis terhadap sektor pembinaan, disokong oleh permintaan berterusan untuk pusat-pusat data dan komitmen perbelanjaan modal yang berterusan daripada firma teknologi global sehingga 2026.

Pelaburan TNB Di Spark RE Sokong Matlamat Net Zero 2050

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan pandangan positifnya terhadap pelaburan strategik Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam Spark Renewable Energy (RE) di Australia, yang memperkukuh komitmen syarikat itu terhadap matlamat Net Zero 2050.

MAG Pertimbang Guna Dana Khazanah Pada 2026 Bagi Sokong Pengembangan Kumpulan Pesawat

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pembiayaan pemegang saham daripada Khazanah Nasional Bhd tahun ini bagi menyokong komitmen pengembangan dan penyelenggaraan kumpulan pesawatnya walaupun terdapat peningkatan ketara  aliran tunai operasi.

TNB Cadang Program Sukuk RM10 Bilion Dengan Tempoh 50 Tahun

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengemukakan program nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah) dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Empire Premium Food Bakal Disenarai Di Pasaran Utama Sasar Kumpul RM152.6 Juta Menerusi IPO

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Syarikat makanan dan minuman Empire Premium Food Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM152.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 17 April 2026.

Pengendali OSV Sedia Raih Manfaat Apabila Syarikat Minyak Alihkan Fokus Dari Asia Barat

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Keputusan syarikat minyak untuk beralih daripada pasaran Asia Barat dan menyokong penerokaan minyak mentah luar pesisir di Asia Tenggara berpotensi memberi manfaat kepada pengendali kapal sokongan luar pesisir (OSV).

Unit Velesto Rancang Program Sukuk Wakalah RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Velesto Energy Bhd memulakan langkah penubuhan program Sukuk Wakalah dengan had gabungan sehingga RM1.0 bilion dengan mengemukakan dokumen diperlukan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia. 

Syarikat Telekomunikasi Dijangka Kekalkan Dividen Meskipun Penswastaan DNB - Penyelidikan

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Syarikat telekomunikasi Malaysia dijangka dapat mengekalkan pembayaran dividen walaupun wujud kemungkinan tekanan terhadap keuntungan berikutan penswastaan Digital Nasional Bhd (DNB), menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

MR DIY Cadang Program Sukuk Wakalah Dengan Had Agregat RM5 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- MR DIY Group (M) Bhd bercadang untuk mewujudkan dua program sukuk wakalah dengan had agregat gabungan dalam nilai nominal sebanyak RM5 bilion.

Petronas Catat Untung Bersih RM45.4 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd turun 18 peratus kepada RM45.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM55.1 bilion pada tahun kewangan 2024.

Bakal Disenarai Di Pasaran Utama, Sunway Healthcare Sasar RM833.8 Juta, Harga IPO RM1.45 Sesaham 

SUBANG JAYA, 27 Feb (Bernama) -- Sunway Healthcare Holdings Bhd (SHH) menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM833.8 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) pada harga RM1.45 sesaham menjelang penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.