BERITA TERKINI   Pasaran penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih Malaysia di landasan tepat bagi capai sasaran perolehan RM55 bilion menjelang akhir 2030 - Sim Tze Tzin | Tiada anggota ATM cedera dalam insiden letupan dron berhampiran Markas UNIFIL di Lubnan - Mohamed Khaled | 

Terdapat 5229 berita berdasarkan kata kunci carian " sec"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Ketika Kurangnya Pemangkin Baharu

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit dalam dagangan awal pada Rabu dalam keadaan ketiadaan pemangkin pasaran baharu, dengan aktiviti pengambilan untung dijangka berlaku hari ini.

IHH Giat Tangani Kos Penjagaan Kesihatan Dalam Realiti Mencabar

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Konflik Asia Barat yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda dalam masa terdekat, berkemungkinan menyebabkan warga Malaysia turut berdepan kenaikan kos penjagaan kesihatan dan tekanan inflasi berkaitan, kata Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Bhd Malaysia Dr Kamal Amzan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama termasuk dolar AS hari ini menjelang pengumuman suku pertama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada Jumaat.

Malaysia, China Kongsi Peluang Besar Dalam Kerjasama Minyak Sawit Lebih Kukuh - Noraini

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Malaysia dan China berkongsi peluang besar dalam memperkukuh kerjasama industri nilai tambah berasaskan minyak sawit, khususnya ketika permintaan terus meningkat terhadap produk berasaskan sawit mampan, dipacu prestasi dan penggunaan khusus.

JS-SEZ: PMKS Johor Perlu Rebut Peluang Tembusi Rantaian Bekalan Global

JOHOR BAHRU, 12 Mei (Bernama) -- Usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Johor digesa memanfaatkan pembangunan dan merebut peluang menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai platform utama untuk menembusi rantaian bekalan global.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Pembelian Saham Mewah Semasa Harga Murah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu pembelian saham mewah terpilih ketika harga murah selepas dua sesi dagangan terakhir sebelum ini ditutup rendah, kata penganalisis.

PayDibs Perkukuh Penyertaan Dalam Ekosistem PayNet Dengan Akses Terus Ke DuitNow QR

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Paydibs Sdn Bhd, gerbang pembayaran berteraskan peniaga di Malaysia kini menjadi peserta langsung untuk Payments Network Malaysia (PayNet) bagi penerimaan DuitNow QR (DNQR) yang menandakan satu peningkatan penting dalam infrastrukturnya.

Taiwan Berhasrat Perbaharui Perjanjian Pelaburan Dua Hala 1993 Dengan Malaysia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Taiwan menyatakan hasrat kepada kerajaan Malaysia untuk memulakan rundingan bagi mengemas kini Perjanjian Pelaburan Dua Hala (BIA) Malaysia-Taiwan yang dimeterai pada 1993 supaya selari dengan landskap pelaburan global semasa.

Krisis Bekalan Global Masih Berisiko, Kerajaan Akan Terus Laksana Pemantauan

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Pasaran tenaga global menunjukkan sedikit kestabilan, tetapi masih memerlukan pemantauan kerana sebarang gangguan baharu boleh memberi kesan kepada kos tenaga dan pengeluaran, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sektor Hartanah Digesa Tumpu Matlamat Ekonomi Keseluruhan, Bukan Untung Semata-mata

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Sektor hartanah perlu menyokong matlamat ekonomi dan pembinaan negara secara keseluruhan, bukan hanya menumpukan kepada pembangunan perumahan yang didorong keuntungan semata-mata, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

KPK Terus Fokus Teknologi, Inovasi Pacu Industri Agrikomoditi Negara

SEREMBAN, 12 Mei (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan terus menumpukan kepada penggunaan teknologi, data dan inovasi untuk memacu industri pertanian dan agrikomoditi negara yang lebih pintar, mampan dan berdaya tahan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

BUDI95 Mekanisme Penting Bagi Urus Permintaan Bahan Api -- Liew

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dilihat sebagai satu mekanisme pengurusan permintaan yang berguna dan penting dalam memahami pola penggunaan di peringkat negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.