9jam ago
SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) masih berjalan seperti dirancang, dengan nilai komitmen kekal pada RM2.94 bilion walaupun wujud kebimbangan mengenai potensi kenaikan kos susulan krisis bekalan global.
1hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang serantau termasuk dolar AS berikutan minat risiko yang semakin baik, disokong oleh keyakinan yang semakin tinggi bahawa laluan melalui Selat Hormuz adalah selamat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan pertama Mei, dengan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dijadual berlangsung minggu ini, perkembangan konflik AS-Iran dan data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan dijangka menjadi penentu hala tuju pasaran.
3hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat sempit antara US$4,600 hingga US$4,700 setiap auns troy minggu depan, susulan jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat.
3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pasaran getah dijangka meneruskan momentum menaik minggu depan, disokong oleh harga minyak mentah yang kukuh dan potensi gangguan bekalan.
3hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Urus niaga ringgit diunjur dalam julat lebih kecil pada minggu depan iaitu RM3.96 hingga RM3.98 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menjelang pengumuman data penting berkaitan negara maju itu.
3hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Dagangan kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka berada dalam jajaran kecil dengan kecenderungan waspada antara 1,700 hingga 1,730 minggu depan, seiring dengan pasaran tunai.
3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat pada minggu depan, kata seorang peniaga.
5hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan dagangan berhati-hati menjelang cuti hujung minggu yang panjang.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, apabila pelabur beralih tumpuan kepada aset selamat susulan kebimbangan terhadap harga minyak mentah yang tidak menentu.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis walaupun prestasi pasaran tunai stabil.
5hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Aktiviti belian di saat-saat akhir memacu peningkatan indeks utama Bursa Malaysia yang mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi, sekali gus mengatasi penyusutan awal ketika lonjakan harga minyak merangsang sentimen bagi kaunter saham berkaitan tenaga dan kimia.