5hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur melanjutkan momentum menaiknya untuk ditutup lebih tinggi pada hari ini, dirangsang oleh keuntungan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah kebimbangan mengenai kesesakan bekalan berkaitan cuaca, kata seorang peniaga.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Sokongan kerajaan dan industri Jepun penting untuk membantu Malaysia membangunkan keupayaan dalam teknologi termaju terutama semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan pembungkusan termaju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan 0.82 peratus semasa ditutup hari ini, dengan kepelbagaian komposisi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) membantu mengurangkan impak kelemahan pasaran global.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Walaupun teh berperisa matcha, produk buatan China telah menjadi sangat popular di kafe dan kedai roti di seluruh India, usahawan Malaysia, Shivaani Suppiah menjangkakan bahan makanan hijau iaitu pandan akan menjadi terkenal di negara Asia Selatan itu.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) merealisasikan kapasiti tenaga boleh baharu terpasang sebanyak 4.3 gigawatt (GW) seiring dengan usaha syarikat utiliti itu untuk menyokong agenda peralihan tenaga negara.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) – Tanggapan bahawa pusat data hanya menjana pekerjaan adalah tidak tepat kerana ia membawa manfaat ekonomi yang lebih luas selain pekerjaan secara langsung melalui ekosistem yang diwujudkannya, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Institusi tempatan dan pelabur runcit terus mencatatkan belian bersih di Bursa Malaysia minggu lepas, dengan institusi merekodkan aliran masuk bersih untuk minggu keenam berturut-turut manakala peruncit untuk minggu ketiga berturut-turut, masing-masing berjumlah RM2.12 bilion dan RM410.6 juta.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bank-bank di Malaysia dan beberapa ekonomi Asia Pasifik (APAC) dijangka kurang terjejas oleh kenaikan harga tenaga, menurut Moody's Ratings.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Syarikat pelaburan impak yang disokong kerajaan, VentureTECH Sdn Bhd (VentureTECH) membuat pelaburan strategik dalam Pacton Technologies Sdn Bhd (Pacton), bagi mempertingkatkan platform pengurusan akuakultur kecerdasan buatan (AI) dan Internet untuk Pelbagai Benda (IoT), FishSpeak.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan trend belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, dengan merekodkan aliran masuk bersih berjumlah RM572.9 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd.
25hari ago
Oleh Wan Muhammad Aslah Wan Razali
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk menerajui pembangunan tenaga pintar dan lestari di rantau ASEAN khususnya menerusi usaha merealisasikan Grid Tenaga ASEAN (APG), kata Ketua Pegawai Kanan Strategi, Regulatori dan Kelestarian Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Muhamad Nazri Pazil.
28hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Tenaga bukan lagi sekadar membekalkan elektrik kepada kediaman, malah menjadi pemacu penting kepada pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serta perkembangan pesat pengkomputeran, pusat data, pembuatan termaju dan mobiliti elektrik.