KOTA BHARU, 14 Okt (Bernama) -- Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 8 Okt lepas yang dikenali sebagai Mimi Nursyafiqah Mohd Shafirun Azam, 17, ditemukan dalam keadaan selamat semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima maklumat itu daripada ahli keluarga gadis berkenaan pada 10.12 malam semalam.
"IPD Kota Bharu menerima makluman daripada ahli keluarga bahawa remaja terbabit telah ditemui semula dan dalam keadaan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Remaja perempuan itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Laka, Ketereh, di sini.
-- BERNAMA