JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Sahkan Rakyat Malaysia Maut Ditembak Di Sungai Golok

02/11/2025 11:37 AM

KOTA BHARU, 2 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ya, saya sahkan memang ada,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Bernama dimaklumkan bahawa perincian lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2486219