Persembahan kebudayaan menanti pelancong di KL Sentral [ 22m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Beri mandat kepada calon Warisan teruskan pembangunan - Anwar

KIMANIS, 14 Jan -- Penduduk Kimanis perlu memberi mandat kepada calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis Sabtu ini, bagi memastikan program pembangunan yang dirancang dapat terus dilaksana di kawasan berkenaan.

Bekas ahli UMNO sertai Warisan petanda baik - Shafie Apdal

KIMANIS, 14 Jan  -- Kemasukan beramai-ramai bekas ahli UMNO serta ahli baharu menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) sepanjang tempoh 11 hari berkempen, memberi petanda baik kepada parti itu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis pada Sabtu ini.

Peralihan kuasa: Majlis Presiden PH punyai 'wisdom' - Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR, 14 Jan -- Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mempunyai kebijaksanaan dalam menguruskan isu serta perkara berkaitan transisi dan peralihan kuasa perdana menteri, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Proses pengundian awal PRK Kimanis selesai

KIMANIS, 14 Jan  -- Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis berakhir pada pukul 12 tengah hari ini, dengan lapan daripada sembilan pengundi yang layak mengundi, selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Penahahan ADUN Bersatu tidak jejas kempen Warisan di Kimanis

KIMANIS, 14 Jan -- Penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kuala Lumpur pada awal pagi Isnin, tidak menjejaskan kempen Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Masalah infrastruktur di Sabah peninggalan UMNO, BN- Peter

KIMANIS, 13 Jan -- Masalah infrastruktur seperti kekurangan bekalan air, elektrik dan jalan raya tidak efisien dihadapi rakyat Sabah ketika ini hasil peninggalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sewaktu menerajui kerajaan terdahulu, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri Datuk Peter Anthony.

Pemilihan Bersatu: Hanya ahli bekas UMNO yang bersih boleh bertanding - Dr Mahathir

SERENDAH, 13 Jan  -- Sesiapa juga ahli dari bekas Umno boleh mencuba nasib dalam pemilihan julung kali parti Bersatu pada bulan hadapan, tetapi ia hanya jika mereka bebas daripada “perbuatan jenayah“, kata pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.